berita

Puteri Sarah Bangga Syaikhul Mengetuai Bacaan Surah Al-Fatihah Ketika Hari Sukan – ‘Mama & Ayah Ajar Kamu Dengan Baik’

August 7th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Puteri Sarah Liyana

Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat menghadiri hari sukan sekolah dua anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Tak Sihat, Syamsul Yusof Hadir ‘Support’ Hari Sukan Anak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai, Talak Satu

Lasik mata

Puteri Sarah

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Puteri Sarah menyatakan dia perlu berehat memandangkan baru menjalani pembedahan lasik mata.

Bagaimanapun, Puteri Sarah, 37, berterima kasih kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan ibunya, Paridah Puteh yang turun padang memberi sokongan penuh kepada Syaikhul serta Sumayyah.

Sedih sangat Sarah tak boleh pergi hari sukan sebab tengah bed rest baru hari ketiga lasik mata. Doktor tak bagi keluar rumah.

Terima kasih banyak-banyak kepada Shamsul, mama, my babysitter dan maid semua pergi memberi sokongan untuk Syaikhul dan Sumayyah.

Jaga mama & adik

Syaikhul Islam

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut berbangga apabila Syaikhul dipilih untuk mengetui bacaan surah al-Fatihah ketika hari pembukaan.

Pelakon drama Hijrah Jannah mendoakan agar anak lelakinya itu menjadi ketua yang baik, disegani dan menghormati orang lebih tua.

Pada 14 Jun lalu, Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam , 6, dan Sumayyah, 5.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×