berita

Relaks Masuk Kedai Tanpa Semak Sijil, Ika Nabila Kesal Peniaga Tak Patuh Arahan Kerajaan – ‘Jangan Pentingkan Diri’

August 24th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Umum tahu, kerajaan memberi kelonggaran kepada individu yang lengkap dua dos vaksin untuk melakukan aktiviti beli-belah dan dine-in di restoran. Namun, layanan istimewa ini turut diguna pakai oleh golongan belum vaksin atau antivaksin gara-gara ada peniaga yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan amanah.

Artikel Berkaitan: Wanita Bangga Boleh Dine-In Walaupun Tak Cucuk 2 Dos Vaksin, Netizen Harap Polis Tangkap Cepat!

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Jadi Bodoh Macam Minah Ni’ – Shahrulezad Selar Tindakan Wanita Tak Lengkap Vaksin Dine-In

Jalankan amanah dengan jujur

Pelakon Ika Nabila, 32, mendedahkan dia mempunyai pengalaman memasuki sebuah kedai tanpa diperiksa sijil vaksinasi lengkap oleh staf.

Kesal dengan sikap acuh tak acuh, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim menegaskan pemilik premis tersebut sepatutnya menjalankan tanggungjawab dengan amanah bagi melindungi pelanggan yang datang.

Subhanallah..tolong rakyat Malaysia, jika anda tidak mahukan vaksin, just keep it to yourself.

Memang ada sesetengah kedai yang tak tengok sijil berlaku dekat saya semalam waktu saya pergi beli ayam di kedai mamak berhampiran KLCC.

Ini amanah, menjaga keselamatan pembeli juga amanah.. sebagai pemilik perniagaan benda ini yang kita fikir dulu. Kita tak mahu membahayakan pelanggan begitu juga perniagaan.

Makin kurang orang yang menjangkiti dan terjangkit dengan beberapa simptom maksudnya makin cepat la bisnes kita boleh beroperasi seperti sediakala.. Jangan pentingkan diri.

Fikir warga emas & anak-anak

Dalam pada itu, pelakon drama Sein Dan Luna mengingatkan orang ramai untuk tidak bersikap pentingkan diri tetapi fikirkan nyawa orang lain terutamanya golongan yang berisiko.

Okey kalau tak nak fikir orang pun fikir lah keluarga.. Bayangkan orang yang datang kedai kita bawa virus, walaupun dah sepenuhnya vaksin lepas itu berjangkit dengan orang yang datang yang belum vaksin? Kemudian orang tu bawak balik virus pada warga emas, anak-anak.

Punca? Kita (sebab ambil mudah pada SOP). Betul.. vaksin hak individu tetapi kita boleh membantu perkara lain. Contohnya amanah ni. Semoga Allah mudahkan urusan kita peniaga-peniaga kecil yang terkesan ini.

 

Sumber: @ikanabella

SKIP THIS AD ×