berita

Ryan Bakery & Hafiz Mahamad Gondol 2 Trofi, Fara Fauzana Dinobat Viral Laureate Golden Microphone Di KNKV Viral Award 2024!

February 21st, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

KNKV 2024

KNKV Viral Award 2024 yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di saluran RTM TV2 telah melabuhkan tirainya malam tadi.

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Dinobatkan Pemenang Anugerah Diva Terulung Di KNKV Viral Award 2024

Artikel Berkaitan: Sharifah Shahirah & Tyzo Xander Kembali Bergandingan, Kendali Malam Anugerah KNKV Viral Award 2024

Meraikan pencipta kandungan

KNKV 2024

Sebanyak 36 anugerah dipertandingkan yang mana terdiri daripada tiga segmen iaitu 7 anugerah Viral Laureate, 16 anugerah Gold dan 6 anugerah Premier.

Sementara itu, satu trofi khas iaitu Anugerah Diva Terulung KNKV Viral Award diserahkan kepada penyanyi, Aina Abdul di atas pencapaian yang penuh inspirasi sepanjang sedekad kariernya sebagai penyanyi.

Acara tersebut turut diserikan dengan persembahan Joey Daud, Ammar Titan, Aina Abdul, Aweera dan ramai lagi.

KNKV juga dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Tuan Adam Adli Abd Halim.

Berikut merupakan senarai penuh penerima anugerah KNKV Viral Award 2024:

Viral Laureate Award:

Viral Laureate Film Influencer – Zhaf Vlog

Viral Laureate Film Director – Adrian Teh

Viral Laureate Golden Microphone – Fara Fauzana

Viral Laureate Influencer – Alif Satar

Viral Laureate Song – Datuk M Nasir

Viral Laureate – Actor – Beto Kusyairi

Viral Laureate Content Creator – Sofyank

Prime Award:

Malaysia Madani Awards – Shermine Hau Ah Moi

Best National Influencer – Hafiz Mahamad

Best National Content Creator – Ryan Bakery

Golden Awards:

Best National Original Viral Video – Awanaz Style

Best National Original Educational Informative – Sir Asai

Best National Original Business Content – Hafiz Mahamad

Best National Original Comedy Content – Davidvidkumbibi

Best National Original Food Content – Hisham Raus

Best National Educational Informative Influencer – Sir Asai

Best National E-Sport Influencer – Daddy Krew

Best National Health, Beauty, Sport Influencer – Dr Samhan

Best National Motivational Business Influencer – Inche Lebah

Best National Comedy Influencer – Ryan Bakery

Best National Food Influencer – Che Sayang Kitchen

Best National Entertainment Influencer – Mek Yun

Best National Viral Page/Channel – mStar Online

Sekadar info, KNKV Viral Award 2024 adalah majlis anugerah kali ke-2 yang dihasilkan dengan tujuan meraikan golongan influencer, penerbit, dan pelakon video viral media sosial yang tidak hanya berjaya dalam meraih populariti tetapi juga telah mengamalkan ciri-ciri positif dan moral yang baik kepada jutaan pengikut dalam setiap mesej penerbitan mereka.

Melalui program ini, penganjur bercita-cita untuk memupuk nilai-nilai positif dan etika yang bersesuaian dengan nilai murni masyarakat Malaysia di media sosial.

SKIP THIS AD ×