Personaliti media sosial, Boss James tercalon bagi kategori Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023 yang bakal diadakan pada 27 Ogos 2023, bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
Boss James dicalonkan sebaris dengan pencipta kandungan terkenal iaitu Auntie Purple, Khairul Aming, Ceddy Ang, Lawyer Gandhi dan Sally Whoo.
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Terharu Berjaya Raih Lebih 1 Juta Undian Di TikTok Awards
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Teruja Tercalon TikTok Awards 2023, Harap Lebih Ramai Lagi Jadi ‘Content Creator’
Jaga menampilan
Pemilik nama sebenar James Ng ini mengaku kehidupannya banyak berubah setelah namanya kian melonjak naik di media sosial.
Justeru itu, dia kini lebih menjaga penampilannya terutama ketika berada di luar.
Saya daripada zero sehingga menjadi diri saya sendiri, hidup saya berubah ke 180 darjah.
Kalau tanya saya sama ada suka atau tidak dengan kehidupan sekarang, saya suka dan bersyukur dengan kehidupan selepas dikenali.
Dulu bila saya keluar lepak saya tak menjaga penampilan. Tapi sekarang kena berpakaian kemas, bersih dan muka tak boleh banyak jerawat.
Ikuti kelas pemasaran
Dalam pada itu, pempengaruh berusia 31 tahun ini turut mendedahkan bahawa dia telah berhabis ratusan ribu ringgit untuk menjadi pencipta kandungan yang berjaya.
Saya ambil masa empat tahun setengah untuk membina nama. Bukan satu benda yang mudah, saya banyak berhabis duit untuk mendapatkan ilmu mencipta kandungan, video dan alat-alat yang saya pakai pun berharga puluhan ribu.
Saya menghabiskan kira-kira lebih RM200,00 untuk mengikuti kelas pemasaran.
Bagi saya pelaburan itu penting tetapi bukan semua orang mengajar benda yang betul, jadi kena lebih berhati-hati.
Boss James berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di sidang media TikTok Awards Malaysia 2023, di The Godown Arts Centre baru-baru ini.
Sementara itu, dia turut berterima kasih kepada TikTok kerana melalui platform tersebut ia banyak membantu dari segi pemasaran.
Terima kasih TikTok kerana pemasaran yang sangat mantap. Saya harap apabila saya masih ada nama saya boleh beri kebaikan kepada pengikut dan peminat.
TikTok adalah alat pemasaran zaman sekarang kerana ia ada ‘view’, membina kredibiliti dan kepercayaan orang kepada kita. Jadi jualan akan makin hari makin bertambah.
Acara Utama TikTok Awards akan dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, manakala acara ‘Red Carpet’ akan dihoskan oleh Ceddy dan Sissy Imann. Detik belakang pentas pula akan dihoskan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis.
Para penonton juga bakal disajikan dengan persembahan yang mengasyikkan daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, Alyph dan ramai lagi.
Acara karpet merah akan disiarkan di TV9 pada jam 8.30 malam manakala TikTok Awards Malaysia bersiaran secara langsung di TV3 serta di platform TikTok jam 9.00 malam.
Para peminat boleh mengundi pencipta kegemaran anda di laman sesawang berikut https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/