berita

‘Saya Tak Nak Pandai-Pandai Buat Anak Kemudian Jatuh Sakit, Itu Umpama Aniaya Isteri’ – Awie

November 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie berkongsi berita gembira apabila isterinya, Sharifah Ladyana baharu saja disahkan hamil cahaya mata kedua mereka

Artikel Berkaitan: Awie Kongsi Berita Gembira Isteri Disahkan Hamil – ‘Sudah Nak Masuk Yang Ketujuh’

Menerusi laporan BH Online, Awie mengakui perasaan memiliki anak pada usia emas amat berbeza dibandingkan ketika muda.

Dulu pentingkan kerja

Menurut Awie, jika dulu dia tidak kisah meninggalkan anak selama sebulan kerana penggambaran, tetapi kini empat hari sahaja tidak bertemu boleh membuatkannya mengalirkan air mata.

Tambah Awie, faktor umur membuatkannya lebih fokus kepada keluarga dan lebih memahami kepayahahan isteri dalam membesarkan anak-anak.

Sebelum ini, saya terlalu pentingkan kerja, mungkin kerana berusia 30-an, jadi saya tak fikirkan susah payah isteri jaga anak. Kadang-kadang tak perlu pun saya tetap nak keluar. Macam orang tiada anak. Kalau dulu shooting sebulan saya masih boleh buat bodoh sahaja.

Apabila sudah semakin meningkat usia, kelebihan yang saya nampak adalah menjadi lebih prihatin terhadap anak-anak dan keluarga.

Disoal mengenai keterujaan bakal mendapat cahaya mata lagi, Awie menganggap ia sebagai rezeki dan cabaran untuknya agar menjaga kesihatan.

Saya anggap rezeki dapat anak pada usia sekarang, tetapi cabaran daripada Allah supaya saya jaga kesihatan. Saya tak nak pandai-pandai buat anak kemudiannya jatuh sakit. Itu umpama menganiaya isteri.

Doakanlah semoga cahaya mata yang bakal lahir perempuan. Ini kerana isteri mahukan sepasang anak lelaki dan perempuan.

Disoal bagaimana membahagikan masa antara kerjaya dan anak yang masih kecil, Awie berkata, dia akan membantu isteri menjaga anak, tetapi tetap menyediakan pembantu bagi memudahkan tugasan isteri memandangkan dirinya jarang berada di rumah.

Sumber: BH Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×