Penyanyi, Shila Amzah meluahkan rasa sedih kerana anaknya iaitu Seth Uwais bakal menjalani sesi persekolahan tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Kongsi ‘Bungalow Tour’ – ‘Saya Datang Rumah Ni Selalu Rasa Sedih’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Teranglah Hati Mu’ – Shila Amzah Teruja Seth Minat Belajar Bahasa Mandarin
Hati seorang ibu
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG), kelihatan Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah merakam momen anak lelakinya itu sedang menikmati makanan.
Pelatun lagu Patah Seribu ini kemudian berasa sebak apabila mengenangkan Seth akan ke sekolah selain turut menitipkan doa agar anaknya menjadi seorang insan yang berguna.
Ada budak nak mula sekolah dah. Macam sayu hati mama. Sebelum ni ajar dia dekat rumah je, dah pandai baca semua, Alhamdulillah.
Semoga Seth jadi anak yang baik, anak soleh mama dan papa.
Sekadar info, Shila dan Ubai selamat mendirikan rumah tangga mereka dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.
Imbas kembali, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun disahkan bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram Shila Amzah