berita

Selepas 28 Tahun Terbiar, Bangunan ‘Berhantu’ Highland Tower Bakal Dirobohkan

April 9th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Facebook

Jika disebut Kondominium Highland Towers, yang terletak di Taman Hillview sudah pastinya wujud pelbagai persepsi negatif selepas ia lama ditinggalkan. Bangunan tersebut juga sudah dilabel sebagai bangunan yang ‘berhantu’ berikutan satu tragedi yang terjadi pada 11 Disember 1993  yang meragut 48 nyawa disebabkan tragedi runtuhan satu daripada tiga blok unit berkenaan.

Kondominium tersebut dibina pada tahun 1974 dan mula didiami oleh penghuninya. Menurut sumber, sebenarnya lebih ramai mangsa yang terperangkap pada masa insiden tersebut yang masih tertanam dan tidak ditemui sehingga kini.

Bakal dirobohkan dalam masa terdekat

Foto: Facebook

Bagaimanapun menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, kondominium yang telah terbiar selama 28 tahun, bakal dirobohkan dalam masa yang terdekat. Berita tersebut telah diumumkan oleh  Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin menerusi satu sidang media selepas merasmikan sebuah kempen.

Ujarnya lagi, lawatan kerja sudah dilakukan di tapak berkenaan pada Selasa lalu, sebelum proses yang seterusnya bakal diambil.

Syukur, Alhamdulillah selepas 28 tahun kita berjaya menempuh semua proses perundangan yang terbabit dan ia (tapak) sudah boleh dibersihkan dan (bangunan) dirobohkan.Keputusan ini pastinya menjadi satu ketenangan kepada penduduk yang tinggal berhampirannya.

Zuraida berkata, pihaknya kini hanya menunggu kebenaran daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi memulakan aktiviti pembersihan tapak itu.

Peruntukan sudah diajukan

Foto: Facebook

Tidak berakhir di situ, pihak kementerian juga turut memaklumkan permohonan peruntukan RM8.9 juta bagi mengambil tanas seluas 0.81 hektar di tapak berkenaan yang sudah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Kerja-kerja perobohan bangunan sedia ada dan pembersihan kawasan akan dibuat selepas pembayaran pampasan tanah diselesaikan, dijangka dalam masa terdekat.

Projek pembangunan yang bersesuaian akan dilaksanakan di tapak itu bagi mengoptimumkan penggunaan tanah sedia ada secara lebih efektif.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×