Tindakan pelakon Nabila Huda meninggalkan komen pada sebuah video temu bual aktres Nad Zainal telah mencuri perhatian netizen, baru-baru ini. Bukan itu sahaja, Nabila turut menegaskan dia sama sekali tidak pernah kenal dengan aktres Nad Zainal yang dulu pernah menjadi kawan rapat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Huda Tetap Tak Kenal Nad Zainal, Dedah Kena ‘Block’ Di Instagram
Artikel Berkaitan: ‘Maaf, Siapa Ni? Pelakon Ke?’ – Nabila Huda ‘Mengusik’ Nad Zainal
Pilih untuk berdiam
Berikutan daripada isu tersebut, pihak OhBulan! telah menemu bual rakan baik pelakon tersebut iaitu penyanyi, Marsha Milan bagi mendapatkan kenyataan balas.
Menurut Marsha, dia enggan mengulas lebih lanjut berhubung isu yang sedang viral. Tambahnya, dia memilih untuk berdiam buat masa ini.
Maaf. Walaupun saya tahu tentang isu ini, saya pilih untuk berdiam. Harap maklum.
Sebelum ini, pelantun suara ‘Kembali Terang’ ini mengakui bahawa dia terbayang wajah sahabat baiknya, Nad Zainal ketika bertanding di Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM 37) yang lalu. Menurut Marsha, dia hampir mengalirkan air mata tatkala berkongsi momen sedih sewaktu dirinya melawat Nad Zainal di hospital.
Tambah Marsha, dia belum mempunyai masa untuk bertemu dengan Nad Zainal selepas pelakon tersebut kembali sihat dan mendirikan rumah tangga. Ujar Marsha, kali terakhir dia berjumpa dengan Nad ketika pelakon ‘Cina Buta’ itu berada di Unit Rawatan Rapi. Pada masa tersebut, Nad tidak sedarkan diri.
Saya tak jumpa dia sejak dia sedar dari hospital sehinggalah sudah berkahwin. Kami tak sempat jumpa. Saya gembira dia dah bahagia. Kami masih berhubung. Plan nak jumpa dah 5 tahun tapi tak jumpa-jumpa.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan, Marsha dan Nad Zainal masih ‘follow’ antara satu sama lain di Instagram.