berita

‘Semoga Allah Bimbing Kau Wook’ – PU Azman ‘Buat Hal’ Lagi Dengan Lee Dong-Wook

November 7th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Mempunyai kemahiran tersendiri dalam menyampaikan dakwah merupakan personaliti yang sangat sesuai diggambarkan buat Pencetus Ummah (PU) Azman. Selain mahir berdakwah, PU Azman juga mempunyai personaliti yang lucu ketika menjawab pertanyaan daripada netizen dan berkongsi kata-kata di Instagramnya.

Terbaru, ustaz selebriti ini sekali lagi mencuri tumpuan umum apabila dia menitipkan ucapan selamat ulang tahun buat seorang pelakon Korea iaitu Lee Dong Wook. Wow!

Dah tua kau Wook

https://www.instagram.com/p/B4hFjZKJ5ZH/

https://www.instagram.com/p/B4gTd6XFJXc/

Nama pelakon kacak Lee Dong Wook ini sudah pastinya tidak asing buat peminat drama Korea. Selain mempunyai wajah yang kacak, pelakon ini sering diperkatakan oleh netizen bahawa raut wajahnya seiras dengan PU Azman. Semalam, pelakon Korea tersebut telah memuat naik foto ulang tahun kelahirannya yang ke-38. Namun, dalam ribuan ucapan yang diterima, komen PU Azman berjaya mencuri tumpuan para peminat pelakon tersebut kerana dia menulis ‘Moga Allah Bimbing Kau Wook’.

Ucapan peminat

Rata-rata netizen terhibur dengan ucapan PU Azman. Mereka turut mengucapkan selamat ulang tahun buat pelakon Korea tersebut.

Sumber: PU Azman & Lee Dong Wook

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×