berita

Sempena Anniversary Ke-9, Datuk Lee Chong Wei Imbau Detik ‘Cemas’ Lamar Isteri – ‘Adakah Saya Tak Cukup Kacak Untuk Awak?’

November 11th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-9, Datuk Lee Chong Wei mengimbau semula detik lamaran yang dilakukan oleh dirinya terhadap isteri tercinta, Datin Wong Mew Choo. Menurut Lee Chong Wei, detik indah tersebut tidak pernah hilang daripada ingatannya sehingga ke hari ini.

Melamar di Gold Coast

Saya tidak tahu bagaimana untuk bermimpi. Sehinggalah saya bertemu dengan awak. @wongmewchoo. Bertahun-tahun yang lalu, saya melamar anda di Gold Coast. Detik itu merupakan saat yang paling gementar dalam hidup saya. Saya berlatih dan menghafal ayat lamaran berkali-kali namun, apabila saya membuka mulut, semuanya nampak tergagap dan tidak sama apa yang diracang sebelum itu.

Hati saya gugur apabila awak mendiamkan diri tatkala saya melontarkan soalan itu. Adakah saya tidak cukup baik untuk awak? Adakah saya tidak cukup kacak untuk awak? Saya tengok cermin setiap hari. Walaupun muka saya tidak sama seperti Andy Lau, tetapi boleh la cari makan. Tetapi nasib baik, selepas berhenti seketika, anda menangis dan berkata ya! Kami berpelukan. Dan kami menangis bersama-sama.

Menurut Lee Chong Wei, beliau melamar isteri tercinta di Gold Coast, Australia. Pada masa tersebut, beliau sangat gementar sehingga tidak dapat berkata-kata seperti yang dirancang pada awalnya. Namun begitu, perasaan gementar tersebut berubah menjadi gembira apabila lamarannya telah diterima oleh Wong Mew Choo.

Seolah tidak percaya

Jelas Lee Chong Wei lagi, sehingga ke hari ini beliau masih mencubit diri sendiri dan tidak percaya bahawa mereka sudah bersama selama 9 tahun. Lebih gembira, sepanjang tempoh perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki yang kacak. Sebagai suami, Lee Chong Wei tidak sabar untuk meneruskan kehidupan bersama isteri buat selama-lamanya sehingga ke akhir nafas.

Baiklah, saya akan tunaikan janji itu. Saya akan mencuri matahari dari langit untuk anda, jika anda mahu saya. Selamat ulang tahun ke 9, laopo. Tahun depan 10 tahun ya? Mari rancang ulang tahun paling romantis. Semoga situasi covid semakin pulih. Saya sudah mengimpikan Bora Bora atau Tasik Louise.

Di akhir posting, Lee Chong Wei berharap situasi Covid-19 di seluruh dunia semakin pulih. Mereka sekeluarga tidak sabar untuk bercuti di Bora-Bora dan Tasik Louise. Lee Chong Wei sempat berseloroh di mana beliau akan membeli ikan siakap dari Pulau Langkawi sempena ulang tahun perkahwinan mereka pada tahun ini.

Sumber: Lee Chong Wei

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×