berita

Sharnaaz Gelabah Cari Beg Sekolah, Netizen Terhibur Tengok Jebat Jayden Berlakon – ‘Tampal Sticker Tu Tak Menahan’

January 4th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

sharnaaz jebat

Pelakon dan usahawan Sharnaaz Ahmad menjadi sorotan warganet gara-gara ‘panik’ apabila beg anak kesayangannya hilang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Tegur Pembaca Berita Salah Sebut Nama Penuh – ‘Sharnaaz Atau Nama Sebenarnya Ahmad Basir Ahmad’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Ada Masalah Nak Petik Muka Macam Larva, Jangan Pasal Jambang’ – Sharnaaz Ahmad

Cari beg sekolah hilang

beg sekolah jebat

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram (IG), Sharnaaz dilihat gelabah apabila beg sekolah kepunyaan Jebat Jayden tidak dapat dijumpai meskipun sudah selongkar satu rumah.

Mana tak hangin, masa ni pula beg Mommyhana Jebat hilang. Korang tolong mamu (saya) boleh? Misi mencari beg Jebat bermula.

Pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad terpaksa menggantikan beg berwarna merah namun Jebat meminta 10 batang aiskrim sebagai cara memujuk untuk ke sekolah.

Okay sekarang kat mana aku letak beg tu? Dah cari tak jumpa pula. Semalam aku lepak dekat kafe tertinggal ke?

Tidak cukup dengan itu, kekecohan mencari beg Jebat turut terkena tempias beberapa rakan selebriti seperti Shuib, Shukri Yahaya dan Datuk Seri Aliff Syukri.

Kesemua mereka bersama anak masing-masing juga turut membantu Sharnaaz dalam mencari beg kesayangan anaknya.

Namun, apa yang menarik perhatian dan mencuit hati warganet adalah aksi comel Jebat yang makin petah bercakap. Rata-ratanya teruja melihat lakonan bersahaja Jebat yang saling tak tumpah seperti Sharnaaz.

Aksi merajuknya gara-gara beg kesayangan hilang disifatkan sangat comel. Bukan itu saja, Jebat juga dilihat menampal satu pelekat (sticker) lukisan tatu palsu di bahagian lengan.

Bagi merealisasikan misi itu, Mommyhana menawarkan RM5,000 kepada mereka yang berjaya menjumpai beg Jebat.

Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit sudah mencecah 1.4 juta tontonan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×