Foto: Izwan Sajjer
Walaupun seseorang itu bekerja sebagai cleaner, mereka masih manusia biasa yang membanting tulang empat kerat dalam mencari rezeki yang halal walaupun sering dipandang rendah oleh sesetengah masyarakat.
Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang lelaki di laman Twitter dikenali sebagai Izwan Sajjer, menceritakan cara dia dan rakan sekerja yang lain ‘menyantuni’ cleaner yang pernah berkhidmat di syarikatnya. Bahkan, stigma negatif terhadap golongan ini sama sekali tidak dipraktikkan, malahan mereka sangat menghormati pekerja itu.
Dipindahkan tempat baru
Menerusi thread ringkas itu, lelaki ini menjelaskan cleaner yang dikenali sebagai Kak Jati, merupakan seorang pekerja yang sangat rajin dan disenangi oleh pekerja-pekerja di situ. Walau bagaimanapun, atas sebab syarikatnya terpaksa berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur, pekerja itu terpaksa diberhentikan.
Walaupun berat hati untuk melepaskannya, pekerja-pekerja di situ mengambil inisiatif dengan menghadiahkan seutas gelang emas kepada wanita itu. Difahamkan, wanita tersebut telah diserahkan kembali kepada agensinya semula sebelum dipindahkan ke tempat lain. Menerusi foto yang dikongsi, dapat dilihat reaksi gembira Kak Jati menerima hadiah tersebut.
Hadiah untuk Kak Jati
Foto: Izwan Sajjer
Semoga dimurahkan rezeki!
Sumber: Izwan Sajjer