berita

Tahap Oksigen Suami Semakin Menurun, Eina Azman Pohon Doa Orang Ramai

September 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Eina Azman

Sebelum ini, pelakon jelita Datin Paduka Eina Azman menerusi satu hantaran di laman Instagram, memaklumkan dirinya dan suami telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan.

Artikel Berkaitan: ‘Hari Ini Our Anniversary, Jadi Pula Macam Ni’ – Eina Azman, Suami Positif Covid-19

Eina menjelaskan agak ‘terkejut’ dengan keputusan tersebut sedangkan pada minggu yang lalu, mereka baru sahaja membuat ujian saringan dan mendapat keputusan yang negatif.

Keadaan terkini suami

Foto: Eina Azman

Terbaru, Eina menerusi satu hantaran di laman Instagram, berkongsi keadaan terkini suaminya iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah, yang memerlukan bantuan pernafasan berikutan kadar oksigen yang semakin menurun.

Assalamualaikum semua. Saya mohon semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suami saya, Kaiser Gurmeet Abdullah kembali seperti sedia kala.

Pada masa yang sama, Eina turut memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan suaminya agar kembali sihat seperti sedia kala.

Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus COVID-19. Sebab oxygen suami saya semakin menurun hingga perlu pakai bantuan oksigen. Terima kasih semua.

Difahamkan, dua pembantu rumah Eina turut disahkan positif Covid-19 manakala keputusan anaknya Aubreykarl dan kakaknya Wenny Azman negatif.

Semoga cepat sembuh!

Sumber: Eina Azman

SKIP THIS AD ×