Hujung minggu ni apa kata kita beramai-ramai ke Bazaar MAE-riah yang dibawakan khas oleh Maybank di kawasan terbuka Lot 10 berhadapan dengan H&M!
Bazaar yang diadakan sempena bulan kemerdekaan ini akan berlangsung pada hari ni dan esok sahaja! Dengar-dengar ada banyak aktiviti dan jualan menarik yang menanti korang di sana.
Jom min kongsikan 5 sebab kenapa Bazaar MAE-riah ni WAJIB PERGI!
- Sama-Sama sapot lokal
Jika korang pengguna sedia ada Maybank korang pasti tahu yang Maybank dan MAE giat menyokong perkembangan perniagaan lokal. Macam-macam cara mereka lakukan termasuk sediakan platform pesanan melalui aplikasi mereka khusus untuk memberi ruang buat peniaga lokal meluaskan pasaran produk mereka.
Sekarang Maybank bawakan terus peniaga-peniaga lokal bersama mereka ke bazaar MAE-riah! Haa.. Alang-alang dah dekat dengan hari kemerdekaan, jom lah kita sama-sama tunjuk semangat sapot lokal kita, gang!
Min gerenti korang tak akan kecewa bila ke sini, sebaliknya takut korang rambang mata je nanti sebab banyak sangat pilihan makanan dan produk lokal yang best!
- Inside Scoop RM1!
Yup! Korang tak salah baca Inside Scoop RM1 je tak kira untuk pilihan perisa apa pun! Nak Mint chocolatate chip, Vanilla, Milo, Durian, Cempedak atau Teh tarik semuanya ada! Layan makan aiskrim sambil jalan-jalan di Bazaar MAE-riah memang syok!
Murah gila! Syarat nak dapatkan harga promo ni mudah je, korang hanya perlu jadi diantara 100 yang terawal untuk muat turun dan daftar akaun MAE. Psstt, akaun MAE ni PERCUMA je untuk daftar k :))
Setelah selesai pendaftaran, korang akan diberikan token untuk tebus aiskrim Inside Scoop RM1! Senang gila!
Min paling teruja sebab ada aiskrim roti juga! Makan masa tengah panas sambil jalan-jalan dekat Bazaar MAE-riah memang layan habis.
- Ada claw machine untuk korang cuba!
Sebaik sahaja korang membuat pendaftaran akaun MAE, korang juga akan menerima token untuk bermain claw machine yang ada macam-macam hadiah istimewa untuk korang bawa pulang!
Token juga boleh dikumpul melalui setiap transaksi yang korang lakukan melalui aplikasi MAE pada hari tersebut. Misalnya, seperti pengunaan sistem bayaran QR untuk semua urus niaga di Bazaar MAE-riah.
Lagi banyak token yang korang kumpul lagi banyaklah peluang yang boleh korang tebus untuk bermain claw machine ni nanti!
- Banyak makanan sedap!
Tak lengkap hari korang di Bazaar MAE-riah kalau tak cuba makanan-makanan sedap dari peniaga lokal kita! Antara kedai-kedai yang min tak sabar nak pegi adalah Homi Curry Puff, karipap dia memang sedap! Kena beli extra okay? Makan satu mesti nak lagi nanti!
Kalau rindukan kuih tradisi Baba Nyonya, korang boleh berkunjung ke kedai Baba Beng, di sini tersedia bermacam jenis kuih tradisional untuk korang pilih termasuk pulut panggang, kuih lapis, seri muka dan banyak lagi.
Nak kopi atau bomboloni? Singgah je ke Curio Coffee Roaster dan Sugar and I. Korang akan disajikan dengan pelbagai pilihan minuman dan manisan.
- Ada juga jenama pakaian lokal
Bila dah kenyang makan sakan tu, jangan lupa untuk singgah ke The Sambar Incident, jenama tempatan yang mengetengahkan elemen anak Malaysia dalam koleksi pakaian mereka ni memang lain dari yang lain geng!
Haa.. Dah rambang mata kan ke tu? Apa lagi, jom lah datang dan lihat sendiri koleksi The Sambar Incident dan macam-macam lagi aktiviti menarik di Bazaar MAE-riah!
Bonus! Ada juga selebriti dan KOL undangan yang akan meriahkan suasana. Bolehlah korang beramah mesra dan selfie sama-sama!
Jangan lupa juga untuk ambik gambar dengan Auntie Siow! Havoc gila suasana bila ada Auntie Siow kesayangan ramai dekat sini.
Bazaar MAE-riah akan hadir ke Sabah!
Orang Sabah, korang juga berpeluang untuk merasai sendiri havocnya Bazaar MAE-riah. Pada 3 dan 4 September nanti, jom ramai-ramai serbu The Walk Riverson tau?
Jangan lupa untuk lock the date dan ajak ramai-ramai kawan korang untuk join sekali okay!
Nikmati pelbagai promosi lain yang menarik!
Pada korang yang tak dapat datang tapi nak jugak nikmati promosi yang ada, korang boleh dapatkan diskaun sehingga 60% dan peluang memenangi hadiah yang a-MAE-zing sehingga 17 September 2022. Yay!
Ini antara promosi yang ada. Confirm korang nak rebut semua ni kan?
- Dapat ganjaran kalau korang buat pembayaran bil, pemindahan wang, melabur dengan ASNB, tambah nilai prabayar dan lain-lain.
- Nikmati tiket wayang serendah RM6.50 melalui WeTix di dalam aplikasi MAE.
- Dapat RM3 segera untuk setiap rakan yang korang refer untuk daftar dengan MAE.
- Diskaun 65% untuk makanan dan barang runcit kalau korang pesan daripada Sama-Sama Lokal dengan kod ‘MALAYSIA65’.
- Peluang memenangi iPhone 13 Pro Max dan baucar AEON kalau korang menyimpan dengan Tabung.
- Dapatkan pulangan tunai sehingga RM3 dan peluang memenangi Proton X50 dengan Scan & Pay.
Boleh tengok banyak lagi tawaran yang a-MAE-zing kat sini: https://maybank.my/MAEraikanMalaysia
*Tertakluk pada terma dan syarat
Jom muat turun aplikasi MAE
Sebelum ke Bazaar MAE-riah, jangan lupa untuk muat turun aplikasi MAE siap-siap. Mudah untuk korang daftar je dekat sana nanti. Kemudian boleh terus guna dan kumpul token banyak-banyak!
Aplikasi MAE memiliki semua yang ada pada aplikasi M2U dan banyak lagi tau. Boleh di muat turut melalui Google Play, the App Store atau HUAWEI AppGallery secara percuma.
Kalau korang berminat nak tahu apa lagi kelebihan MAE ni korang boleh layari laman web rasmi Maybank di SINI.
P/s: Untuk ke Bazaar MAE-riah korang boleh parking di mana-mana mall yang berdekatan atau naik je MRT dan turun di stesyen Bukit Bintang. Lebih cepat dan mudah!
Jumpa korang di sana!