berita

[Tanya Netizen] Apa Kaedah Pembayaran Zakat Pilihan Korang?

December 20th, 2023 | by Azyan
Kini Trending

Bila hujung tahun ni, rata-rata umat islam dah ready dah nak bayar zakat. Bagi yang masih tak tahu, zakat adalah rukun Islam yang wajib ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib.

Menurut hadis Riwayat Al-Tirmizi:

“Dan bersikap redhalah dengan apa yang telah dibahagikan oleh Allah kepada kamu, maka kamu akan menjadi orang yang paling kaya,”.

Zakat ni korang boleh bayar secara tahunan atau bulanan tau. Paling best, ada banyak kaedah pembayaran zakat yang korang boleh pilih, bersesuaian dengan apa yang menyenangkan korang.

Jom teman admin tanya netizen Malaysia ni, mana satu kaedah pembayaran zakat pilihan mereka dan kenapa mereka pilih kaedah tersebut! 

“Direct debit pilihan paling best untuk pembayaran zakat”

zakat

Pembayaran zakat secara direct debit ni mudah jadi saya tak perlu nak ingat balik bulan ni dah bayar zakat ke dan sebagainya. Terus je tolak dari akaun saya tiap-tiap bulan- Amir, 31 Tahun

“Kaedah pilihan saya ialah potongan gaji!”

zakat

Bagi saya macam mudah, masa gaji dapat tu terus dah dipotong siap-siap untuk zakat. – Shafika, 30 Tahun

Pilihan saya masih lagi kaunter bank dan perbankan internet!

Walaupun ada banyak pilihan lain tapi saya masih lagi suka buat pembayaran di kaunter bank atau perbankan internet. Tak tahu kenapa rasa macam duit tu terus sampai bila guna kaunter bank dengan perbankan internet ni- Anis 25 tahun

‘Saya lebih selesa ke Pusat Pungutan Zakat, senang nak tanya apa-apa’

Zakat

“Sebabnya kadang-kadang ada perkara yang saya nak tanya atau kurang jelas. Sebagai contoh saya dapat duit extra bulan tu, perlu ke saya kira kembali amaun pembayaran zakat tersebut. Jadi bila ke Pusat Pungutan Zakat ni saya dapat jawapan terus dan jelas dari pihak mereka. ” – Dzulkifli, 31 Tahun

Mudah sebenarnya nak bayar zakat ni. Korang pilih je mana-mana yang sesuai dengan korang.

Tapi apa yang membuatkan tahun ni lagi best ialah, pihak PPZ ada melancarkan kempen Kempen Year End Zakat 2023!

zakat

Kempen Year End Zakat ini merupakan kempen tahunan PPZ-MAIWP yang khusus diadakan sebagai seruan dan galakan kepada para pembayar untuk menunaikan zakat dengan segera sebelum 31 Disember terutamanya bagi yang ingin mendapatkan rebat cukai pendapatan.

Sempena pelancaran kempen, pihak PPZ juga menganjurkan Program Fit Zakat 2023 di Taman Tasik Metropolitan Kepong bagi memberi kesedaran tentang zakat kepada masyarakat disamping memupuk gaya hidup sihat! Wahhh, dua dalam satu lah ni!

Ada juga program Bual Bicara Santai secara Live di Facebook tau! Banyak topik yang akan dibincangkan!

zakat

Hampir setiap hari ada sesi Bual Bicara Santai ni dan topik-topik yang dibawakan pun semuanya menarik dan tidak terhad kepada zakat sahaja. Korang boleh tonton secara langsung di laman Facebook page PPZ-MAIWP.

Antara topik yang dibincangkan ialah:

  • Muslimah Corner – Khas untuk golongan wanita
  • Borak Bersama Miro – Sharing session dengan pembayar, asnaf & topik lebih santai.
  • ZakaTalk – Perbincangan lebih mendalam berkenaan isu-isu semasa / hukum-hakam berkaitan zakat.
  • CEO Talk – Penerangan tentang zakat dan agihan dengan lebih mendalam bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP

Selain itu terdapat juga program lain yang dianjurkan sempena Kempen Year End Zakat ni, seperti:

  • Percuma baucar eWallet Touch & Go setiap Jumaat kepada 10 pembayar terawal
  • Hari bersama pembayar – Jamuan makan bersama pembayar bermula 25 Disember
  • Pertandingan dan kuiz di media sosial PPZ-MAIWP
  • Untukmu Wanita – Percuma caruman Skim Suri Perkeso selama 1 tahun bermula 2024
  • Program-program turun padang dan sumbangan bakul rezeki di sekitar WP

Waktu operasi untuk pembayaran zakat pula macam mana eh?

zakat

Pusat Pungutan Zakat akan beroperasi: 8.00 pagi – 4.45 petang dan dibuka 7 hari seminggu termasuk cuti umum sepanjang Disember.

Khas untuk memudahkan para pelanggan, pihak PPZ juga melanjutkan waktu operasi  sehingga pukul 9 malam pada setiap hari Jumaat bermula dari 25 Disember- 31 Disember 2023!

Selain di cawangan, korang juga boleh bayar zakat dengan kaedah lain!

pembayaran zakat

Ada pelbagai kaedah pembayaran zakat yang korang boleh pilih. Antaranya ialah:

  • Melalui aplikasi MyZakat
  • Kaunter Zakat Digital: Berzakat dengan hanya 1 panggilan melalui Call Centre- 1300885757
  • Kaunter Zakat Bergerak & Ride2U: Perkhidmatan ini khas kepada pembayar yang ingin mendapatkan layanan secara personal mengikut lokasi pembayar.
  • Ejen-ejen Kutipan Zakat: Perbankan Internet, Kaunter Bank, Pos, E- Wallet, Firma-firma & lain-lain
  • Maklumat lanjut berkenaan semua kemudahan bayaran ini boleh didapati di portal PPZ-MAIWP www.zakat.com.my 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Year End Zakat ni korang boleh rujuk di SINI atau nak bayar terus www.zakat.com.my pun boleh!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×