berita

[Tanya Netizen] Cari Kerja Di Karnival Kerjaya MYFutureJobs – Ada 20,000 Jawatan Kosong!

February 27th, 2024 | by Azyan
Kini Trending

Karnival Kerjaya PERKESO yang telah dianjurkan sebelum ini sememangnya mendapat banyak ulasan positif dari pengunjung yang hadir.

Rata-rata yang hadir berjaya pulang dengan kerjaya yang diingini di samping mendapat pelbagai tips untuk menjadikan kerjaya mereka lebih berkembang.

Bukan itu sahaja, bantuan yang diberikan oleh pihak PERKESO juga sangat membantu mereka dalam  proses pencarian kerja menjadi lebih mudah.

Jom kita tengok apa kata netizen-netizen yang dah datang ke Karnival ini.

“Saya penghidap epilepsy, tapi masih ada peluang untuk saya berdikari dengan pekerjaan yang ditawarkan”

Gambar hiasan – sekitar suasana di Karnival Kerjaya MYFutureJobs

“Saya Kumarakuru A/L Suppiah dan berumur 51 tahun dan mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Antaranya ialah, breathing Seizure 2? poor compliance dan COPD.”

Sebelum diberhentikan pada tahun 2023, Kumarakuru bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat dari tahun 1996 sehingga 2005. Namun, beliau diberhentikan kerja atas sebab serangan sawan dan kali terakhir beliau terkena serangan sawan pada Mei 2023.

Pada mulanya, PERKESO telah menghubungi  pasaraya terkemuka untuk aturan temu duga sebagai pengawal keselamatan namun tidak berjaya kerana Kumaruku memaklumkan bahawa premis majikan agak jauh dari tempat kediamannya.

Usaha PERKESO tidak terhenti di situ. Pada 30 Disember 2023 bertempat di sebuah sekolah di sekitar Klang, satu lagi temu duga diaturkan namun keputusan temu duga tersebut juga tidak berjaya.

“Nasib saya baik kerana majikan yang sama pada  11 Januari 2024, memaklumkan bahawa terdapat kekosongan di tempat beliau. Pegawai PERKESO tersebut bantu untuk aturkan sesi temu duga, dan kini saya telah mendapat pekerjaan sebagai cleaner di tempat tersebut yang terletak hanya 5-10 minit jarak dari rumah saya”

“Saya sangat bersyukur, walaupun kerja sebagai cleaner dengan keadaan saya yang tak berapa sihat ini, ia amat membantu untuk kelangsungan hidup saya sekeluarga. Terima kasih PERKESO.”

“Saya tak sangka, walaupun OKU, saya berjaya dapatkan kerja. Paling best dekat dengan rumah pulak tu!”

PERKESO

Gambar hiasan – sekitar suasana di Karnival Kerjaya MYFutureJobs

“Nama saya Nur Syazwani, berumur 26 tahun dan saya merupakan seorang OKU fizikal sejak lahir. Saya mula berjumpa dengan Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO pada tahun 2021, di mana saya menyatakan hasrat saya untuk mendapatkan bantuan pekerjaan. Alhamdulillah, hasil intervensi Pegawai PERKESO bersama dengan majikan Econsave Kuala Pilah, saya berjaya mendapat pekerjaan sebagai Sales Assistant. Paling best, tempat kerja yang saya dapat juga berhampiran dengan rumah saya. “

“Syukur, saya masih lagi bekerja sehingga kini dan bakal menimang cahaya mata tak lama lagi”

“Saya daftarkan diri di portal pekerjaan MYFutureJobs ni sebab inginkan perubahan kerjaya yang lebih baik”

PERKESO

Gambar hiasan – sekitar suasana di Karnival Kerjaya MYFutureJobs

Ingin mendapatkan perubahan kerjaya yang lebih baik, Aqil Darwish yang merupakan lepasan graduan dan bekerja di salah sebuah syarikat telah mendaftarkan diri di portal pekerjaan MYFutureJobs.

Beliau telah menghadiri sesi temu duga Karnival Kerjaya yang dianjurkan oleh PERKESO pada 31 Oktober 2023 lalu. Menerusi Karnival ini, beliau telah berjaya ditawarkan pekerjaan yang bersesuaian berdasarkan bidang pengajian beliau.

Karnival Kerjaya MYFutureJobs OKU & TVET akan diadakan di Shah Alam ini. Ada lebih 20,000 kekosongan jawatan tau!

Bestnya dengar pengalaman mereka ni! Mesti korang pun nak jadi macam mereka ni kan? Ha kalau korang nak tahu, ada lebih 20,000 kekosongan jawatan daripada 100 majikan menanti korang di Karnival Kerjaya MYFutureJobs ni!

Peluang kerjaya ini khusus buat semua pencari kerja dari pelbagai latar belakang termasuk OKU & graduan TVET! Korang hanya perlu mendaftar dekat myfuturejobs.gov.my/careerfair ni!

jadi korang jangan berlengah lagi! Jangan sampai terlepas peluang keemasan ni! Mana tahu lepas ni korang pula yang akan ceritakan pengalaman ke karnival ni ha, tak mustahil kan?

Kaunter pendaftaran portal pekerjaan MYFutureJobs juga turut disediakan

Gambar hiasan – sekitar suasana di Karnival Kerjaya MYFutureJobs

Ini adalah untuk membantu pencari kerja yang hadir ini melengkapkan profil kerjaya mereka serta untuk memudahkan akses pencari kerja dalam memohon pekerjaan dan mendapatkan pekerjaan di hujung jari menerusi portal pekerjaan MYFutureJobs.

Dalam usaha mempersiap pencari kerja yang hadir, Karnival ini juga turut menyediakan khidmat kaunseling kerjaya untuk membantu mereka yang mungkin memerlukan bantuan dari segi hala tuju kerjaya, persediaan temu duga dan juga menyuntik motivasi para pencari kerja ini dalam usaha mereka mendapatkan pekerjaan idaman.

Karnival Kerjaya MYFutureJobs OKU dan TVET di IDCC Shah Alam bakal berlangsung pada 1 hingga 3 Mac 2024 ini bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

SKIP THIS AD ×