Sebelum ini, doktor selebriti, Dr Say Shazril mendedahkan bahawa dia menerima bungkusan misteri daripada seorang wanita. Lebih mengejutkan, bungkusan tersebut sudah lama di hantar di klinik isterinya, Dr Azura namun baru tergerak hati untuk membukanya.
Artikel berkaitan: Terima Bungkusan Istimewa Berserta Gambar, Dr Say Terkejut Wanita ‘Misteri’ Mengaku Sebagai Isteri
Artikel berkaitan: ‘2023 & I Am Broken’ – Dr Say
Artikel berkaitan: Mohon Kata-Kata Semangat, Isteri Dr Say Keguguran Kali Kedua – ‘Baby Girl Sorang Lepas Tu Tutup’
Artikel berkaitan: ‘Kalau Boleh Tangguh Dulu Hasrat Untuk Mengandung’ – Pakar Sakit Puan
Artikel berkaitan: ‘Bunyi Remeh Tapi Selagi Tak Buang Angin Tak Boleh Cabut Drip Line’ – Dr Say Syukur Isteri Dibenarkan Pulang
Terbaru, wanita yang sama ‘berani mati’ menghantar sekeping kad buat Dr Azura pula!
Boleh timbul fitnah
Maafkan saya on the recent incident peeps. Bila saya baca komen kalian dan bila saya fikir balik ada banyak betulnya apa yang kalian nasihatkan. Yang this is a serious matter. Saya cukup bertuah bini saya dapat bungkusan untuk dirinya juga (cuma tanpa bunga, belon dan gambar Ayu).
Bayangkan bungkusan tu hanya kepada diri saya seorang, mau naya saya dikerjakan soalan bertubi-tubi tanpa henti “explain yourself, who is this lady” bini. Saya bertuah juga bini saya seorang yang calm dan composed yakni dia tak berhasrat ingin menyerang Ayu tersebut.
Menurut Dr Say, wanita yang bernama Ayu itu berani menghantar sekeping kad buat isterinya pula. Tambah Dr Say, isterinya tidak menerima bunga, belon dan gambar Ayu. Berikutan daripada apa yang berlaku, Dr Say memberitahu bahawa kepercayaan dalam hubungan suami isteri sangat penting.
Kalau kita sesama pasangan tak ada apa jua rahsia nak dirahsiakan, cerita semua perkara yang perlu diceritakan then InsyaAllah tiada apa yang dapat mengganggu rumah tangga itu tapi again macam kalian cakap (walaupun Ayu tak buat), orang boleh letak atau baca apa jua kepada barang yang dikirim dan walaupun saya kurang percaya dengan benda-benda sebegini, possibility itu masih ada jadi penting juga untuk kita sentiasa berwaspada.
Ujar Dr Say lagi, tujuan dia memuat naik posting tersebut bukan untuk memalukan Ayu.
Saya buat post ni bukan nak aibkan Ayu, in fact saya dah sorok muka Ayu tapi Ayu sendiri yang berani ke hadapan untuk mengaku dirinya Ayu.
Saya tak setanding awak
Tujuan saya buat post ni adalah ye pada awalnya sebagai fun cuma bila saya cuba amati keadaan ni elok-elok baru saya tahu betapa bahaya it could have been. Admire orang lain is fine tapi to approach them in such manner/ saying such things is a no.
Boleh menimbulkan fitnah, boleh merosakkan rumah tangga, boleh menimbulkan syak wasangka jadi kepada Ayu, i forgive you but lepas ni simpan dalam hati ye? Thank you again peeps atas nasihat dan concern kalian. Ferero wife saya habiskan dah semua, saya tak makan satu pun, ehhh.
Di akhir posting, wanita yang bernama Ayu tampil memohon maaf kepada Dr Azura. Ujar Ayu, dia tidak mempunyai niat untuk menganggu rumah tangga Dr Say dan Dr Azura.
Sumber: Dr Say