berita

Trend ‘Unboxing Pengantin’ Tengah Rancak Di TikTok, PU Syed Tegur Pengantin Muda – ‘Dedah Aurat Haram, Apatah Lagi Aurat Isteri Kalian!’

January 11th, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Pencetus Ummah (PU) Syed tampil bersuara mengenai trend melakukan video ‘unboxing by husband’ atau ‘unboxing pengantin’ yang makin rancak di TikTok.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Boleh Usik Langsung, Kuat ‘Back Up’ – PU Syed Kena Kecam Sebab Desak Pendakwah Terkenal ‘Buka Mulut’

Haram dedah aurat

Menerusi hantaran di Facebook, PU Syed, 39, menegur segelintir pengantin baharu yang terikut dengan bidaah dholalah yang bermaksud perkara atau amalan baharu yang tidak ada contoh daripada Nabi Muhammad SAW.

Tegas PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata kandungan video seperti itu haram dilakukan kerana ia terang-terangan terdedah aurat isteri.

Unboxing wife, atau unboxing by husband satu lagi perkara bidaah dholalah yang sedang viral dan telah ramai dilakukan oleh pasangan pengantin muda di media sosial!

Dedah aurat adalah haram, apatah lagi dedah aurat isteri kalian! Kalian boleh berbangga dan suka content haram sebegitu semata-mata untuk peroleh tontonan ramai!

Kongsi maksud ayat 30 hingga 31 surah An-Nur

Dalam pada itu, PU Syed turut berkongsi potongan surah An-Nur ayat 30 hingga 31 yang menekankan mengenai menjaga kehormatan diri.

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.

Sebelum ini, di video ‘unboxing by husband’ mula menjadi ikutan dalam kalangan pengantin muda di TikTok yang bertujuan untuk memberitahu mereka sudah menjadi pasangan suami isteri yang sah. ‘Unboxing pengantin’ akan memaparkan si suami membantu isteri membuka tudung secara perlahan-lahan.

Sumber: Facebook PU Syed

SKIP THIS AD ×