berita

Tular Video Pegang Water Jet, JKM Perjelas Rina Cuci Kesan Najis Unggas & Cicak

December 27th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menjadi ‘hangat’ di media sosial selepas didakwa hanya ‘berposing’ mencuci simen bersih ketika terbabit dalam operasi pascabanjir.

Video yang tular itu memaparkan Rina sedang membasuh lantai di sebuah sekolah menggunakan ‘water jet’.

Terpanggil untuk jawab isu ‘posing’

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi kenyataan media.

Menurut JKM, Rina tidak menolak pelawaan untuk membantu mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan pihak sekolah sukar untuk dibersihkan.

JKM terpanggil untuk menjawab isu tular yang mendakwa Datuk Seri Rina hanya ‘berposing’ mencuci simen bersih di sebuah sekolah.

Sebaliknya JKM sebagai jabatan yang menguruskan operasi ini memohon kesudian menteri untuk mencuci kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan pihak sekolah sukar dicucikan sebelum ini.

Berikutan peralatan ‘waterjet’ sedia ada di lokasi pembersihan, Datuk Seri Rina tidak menolak pelawaan JKM dan beliau melakukan kerja itu dengan dada lapang dan hati terbuka.

Bukan buat satu tugas sahaja

Selain itu, kata JKM, keberadaan Rina di Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi, Sepang, bukan setakat cuci simen malah beliau mengemas bilik darjah, menyapu lantai dan tingkap bilik darjah memandangkan sesi persekolahan bakal bermula tidak lama lagi.

Selain itu, beliau turut menyusun atur meja dan kerusi pelajar supaya keadaan kembali seperti sedia kala berikutan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.

Datuk Seri Rina juga turut mengemas khemah yang digunakan oleh mangsa banjir untuk simpanan bagi kegunaan akan datang.

Justeru, JKM merasakan tidak adil Rina dilayan sebegitu oleh netizen kerana dia telah berpenat lelah dalam operasi pembersihan itu.

JKM berasakan tidak adil netizen membuat tohmahan dan memperlekeh usaha dan pembabitan YB Datuk Seri Rina dalam operasi pembersihan ini.

Sumber: Instagram @rinaharunofficial

SKIP THIS AD ×