berita

Ustazah Asma’ Harun Bimbang ‘Content’ Lelaki Menyerupai Perempuan Makin Berleluasa – ‘Hal Melibatkan Dosa Besar Dianggap Sebagai Biasa’

November 28th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai penampilan seorang suami yang berambut panjang dan bersolek ketika majlis sambutan ulang tahun perkahwinan bersama pasangannya yang bertemakan majlis persandingan.

Penampilan feminin itu menarik perhatian pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun untuk memberi ulasan.

Hanya penampilan sahaja seperti wanita

Sedih dengan dunia sekarang, Ustazah Asma’ termangu-mangu selepas mendapat tahu video tersebut sudah mendapat 1 juta tontonan di platform TikTok. Kata Ustazah Asma’, dia berasa risau sekiranya video itu ditonton oleh budak-budak bawah umur serta golongan remaja.

Baru-baru ini lalu di wall saya tentang sepasang suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh di atas pelamin yang dihias indah.

Si suami berpakaian pengantin lelaki tetapi solekan wajah, dandanan rambut serta perhiasan barang kemas yang dipakai seolah-olah dirinya seorang wanita.

Bahkan yang lebih menyedihkan ialah apabila si suami ini berkata, “Hanya penampilan sahaja seperti wanita, tetapi nafsu dan nalurinya masih seorang lelaki.” Allahu Akbar.

Sungguh, saya terkesima melihat setiap babak video yang dipaparkan. Ia bukan hanya ditonton oleh dua atau tiga ratus orang, bahkan ada videonya yang mencapai sehingga 1 juta tontonan di TikTok. Bagaimana jika ada sebahagian penonton itu terdiri daripada remaja atau kanak-kanak di bawah umur? Apa agaknya mereka akan fikir?

Jangan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah

Tambahnya lagi, sudah jelas dalam sisi agama haram apabila lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki selain perbuatan itu dilaknat Nabi Muhammad SAW.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ meluahkan rasa risau sekiranya budaya ‘Tasyabbuh’ ini dipandang ringan dan semakin berleluasa sehinggakan tidak boleh dibendung lagi.

Apa yang berlaku ini sebuah jarum halus dalam masyarakat. Jika perbuatan seperti ini dibiarkan sahaja tanpa apa-apa teguran di media sosial, kita amat bimbang jika suatu hari nanti budaya ‘Tasyabbuh’ semakin berleluasa tanpa dapat dibendung.

Kita tidak mahu nanti saat bersiar-siar di jalanan, terjumpa pula dengan seorang lelaki namun solekan tebal mengalahkan anak gadis, atau wanita yang wajahnya ayu tetapi berpakaian seperti lelaki.

Mungkin kalian teruja apabila tontonan di media sosial meningkat naik, bangga apabila ramai yang memuji. Namun ingatlah bahawasanya perbuatan ini sangat jauh daripada redha Allah SWT.

Jika alasan yang digunakan ialah demi tujuan pemasaran dan ingin menaikkan ‘followers’, sungguh ia tidak boleh diterima. Adakah berbaloi kerana ingin mengaut keuntungan dunia yang sementara, larangan Allah sanggup diabaikan begitu sahaja?

Sumber: Facebook @ustazahasmaharun

SKIP THIS AD ×