Pelakon Diana Dianelle mengakui sepanjang 11 tahun perkahwinan bersama bekas suami, Farid Kamil banyak pengajaran yang dilaluinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Pengakhiran Yang Aman & Baik’ – Diana Danielle
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Diana Tak Salam, Keluar Pun Tak Ikut Pintu Utama’ – Farid Kamil
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terubat Rindu Lihat Diana Danielle Kembali Ceria -‘Gembira Lihat Awak Tersenyum’
Pengalaman sebagai ibu dan isteri
Menurut aktres itu, dia menzahirkan rasa syukur kerana menerusi perkahwinan itu dia menjadi seorang yang lebih matang.
Saya bersyukur dan saya banyak belajar benda baik-baik. Belajar untuk matang, belajar untuk menjadi ibu, belajar menjadi isteri.
Diana berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun ini tetap positif walaupun perkahwinannya telah menemui jalan penamat.
Banyak sangat pengajaran tak semestinya saya ambil yang negatif sahaja. Saya berfikir secara positif dan saya doakan kami dapat mulakan hidup yang lebih baik.
Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya bercerai dengan talak satu yang dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof kira-kira 3.22 petang di atas talian menerusi aplikasi Google Meet.
Farid tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah disebabkan masalah kesihatan susulan dijangkiti Covid-19, baru-baru ini.
Shukran Yusof kemudian memerintahkan Diana menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.
Pada 10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon dan penerbit, Farid Kamil.
Diana membuat permohonan cerai di atas talian dengan alasan tiada lagi persefahaman, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.
Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Video
@ohbulanofficial Replying to @mrs?? Kita doa yang baik-baik untuk mereka berdua ?#OhBulan #fyp #news #dianadanielle #faridkamil