Fenomena lagu Alamak Raya Lagi nyanyian kumpulan De Fam mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada ilmuan agama.
Ia berikutan timbul dakwaan, lagu tersebut seolah-olah menggambarkan situasi tidak bersedia untuk menyambut aidilfitri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mana Datang Menghina Agama?‘ – Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Lagu ‘Alamak Raya Lagi’
Artikel berkaitan: ‘Apa Mesej Yang Mereka Nak Sampaikan? Sepatutnya Alhamdulillah, Bukan Alamak Raya Lagi!’ – Cheb Ali
Inspirasi raya terkejut 2022
Ketika ditemui OhBulan! salah seorang ahli kumpulan De Fam iaitu Azira Shafinaz menjelaskan tentang isu tersebut.
Menurut Azira, terdapat segelintir pihak yang menyalah tafsir erti perkataan ‘alamak’ dan menafikan dakwaan bahawa lagu tersebut mengetengahkan unsur yang negatif terhadap sambutan lebaran.
Ramai tak tahu, sebenarnya lagu ini dah siap setahun lalu dan kami mahu keluarkan pada tahun 2023. Tapi disebabkan beberapa masalah, kami terpaksa tangguhkan ke tahun ini.
Ada yang anggap perkataan ‘alamak’ itu untuk gambarkan suasana hari raya. Kami tak ada niat pun untuk mengatakan yang kami tak gembira untuk menyambut hari raya. Saya rasa ramai yang salah tafsir lagu itu.
Sementara itu, selebriti berusia 32 tahun ini mendedahkan bahawa lagu tersebut diilhamkan daripada situasi sambutan hari raya pada tahun 2022.
Lagu ini inspirasinya raya terkejut 2022 sebab tu nak keluarkan pada tahun 2023. Kalau tengok lirik tu semua jadi huru-hara, apa yang berlaku semasa raya terkejut tahun itu.
Ini adalah situasi di mana semua orang boleh kaitkan, memang indahnya raya tapi dalam masa yang sama ada momen ‘hiccup’. Alamak tak jadi itu, alamak tak jadi ini..contohnya begitu.
Kami hanya mahu semua orang enjoy lagu ini, jangan fikir terlalu mendalam.
Azira berkata demikian ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem Sheriff: Narko Integriti yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Dalam pada itu, Azira akui terkejut apabila mengetahui lagu tersebut telah tular hingga Korea dan Jepun.
Untuk De Fam sendiri, kami tak sangka lagu raya pertama kami akan viral sampai ke luar negara.
Peminat tag dan kami sangat terkejut macam mana dia orang tahu lagu ini. Bila dah capai ke tahap market luar, Alhamdulillah views dekat YouTube pun naik. Sekarang saya rasa dalam 15 juta dan target kami 20 juta.
Kalau sampai 20 juta sebenarnya De Fam nak buat rumah terbuka.
@ohbulanofficial Jangan salah faham pulak gais ????#ohbulan #fyp #news #alamak #defam