Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle menyangkal dakwaan bahawa lagu baharu yang dilancarkan beberapa hari lalu ditujukan kepada bekas suaminya, Farid Kamil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diana & Farid Tarik Balik Kes Nusyuz, Cuba Jadi Ibu Bapa Terbaik Demi Anak-Anak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diana Danielle Tak Menangis Kerana Sudah Bersedia, Doakan Kehidupan Baru Farid Kamil
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Pengakhiran Yang Aman & Baik’ – Diana Danielle
Kerjaya tetap diteruskan
Diana ketika ditemui OhBulan! di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari semalam, menegaskan bahawa dia sama sekali tidak akan mengambil kesempatan terhadap isu peribadi yang dilaluinya ketika ini.
Bagaimanapun, katanya, dia tetap perlu meneruskan kerjaya sebagai anak seni.
Tidak. Bukan cara saya menggunakan hal-hal peribadi untuk buat perkara ini (lagu).
Saya bukan nak mengambil kesempatan tetapi saya harus meneruskan kerjaya saya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 32 tahun menjelaskan bahawa lagu berjudul Bersama Dengan Rindu perlu dilancarkan segera selain terdapat beberapa buah lagu lain yang masih menunggu untuk dikeluarkan.
Sebenarnya lagu itu sudah direkod awal tahun lepas tetapi ditangguhkan kerana ada beberapa hal.
Saya pun dah rekod muzik video itu awal tahun ini kira-kira sekitar bulan Januari lalu.
Jadi tak ada kena mengena dengan keadaan sekarang. Cuma saya terpaksa melancarkan lagu itu dengan segera kerana ianya sudah terlalu lama disimpan. Lagipun, ada lagi lagu-lagu lain yang bakal dikeluarkan.
Semalam, pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya bercerai dengan talak satu yang dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof kira-kira 3.22 petang di atas talian menerusi aplikasi Google Meet.
Farid tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah disebabkan masalah kesihatan susulan dijangkiti Covid-19, baru-baru ini.
Shukran Yusof kemudian memerintahkan Diana menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.
Pada 10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon dan penerbit, Farid Kamil.
Diana membuat permohonan cerai di atas talian dengan alasan tiada lagi persefahaman, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.
Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
@ohbulanofficial Replying to @nazzira Semoga Diana terus maju dalam industri muzik ??#OhBulan #fyp #news #dianadanielle