berita

[VIDEO] Diana Danielle Tak Menangis Kerana Sudah Bersedia, Doakan Kehidupan Baru Farid Kamil

August 10th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Diana Farid Kamil Cerai

Pelakon Diana Danielle mendoakan kesejahteraan bekas suaminya, aktor Farid Kamil agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik kelak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Pengakhiran Yang Aman & Baik’ – Diana Danielle

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keputusan Kes Cerai Farid Kamil & Diana Danielle Bakal Diketahui Khamis Ini

Doakan Farid

Farid Diana

Ketika ditemui OhBulan! Diana berkata dia percaya dirinya dan Farid dapat memulakan kehidupan yang baharu serta menutup semua kisah mereka yang lama.

Perasaan tenang, setidaknya dah boleh tutup buku dah mulakan hidup yang baru. Saya doakan dia (Farid) juga dapat mulakan semula kehidupannya. Semoga kami berdua dapat jadi insan yang lebih baik kelak.

Saya juga tak mahu bercakap tentang perasaan apabila diceraikan, perasaan itu begitu peribadi. Bukan satu keputusan yang mudah untuk dibuat. Tetapi alhamdulillah segalanya berakhir di sini.

Diana berkata demikian sejurus prosiding lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.

Bukan tiada perasaan

Diana Danielle cerai

Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata dia tidak mengalirkan air mata ketika diceraikan kerana dirinya sudah bersedia dengan keputusan tersebut.

Saya tak mahu beri perspektif yang salah, bukan saya tiada perasaan (tidak menangis), saya orang yang dikenali, jadi apa yang orang nampak, begitulah saya. Di belakang pintu saya ada macam-macam perasaan.

Saya sangat bersedia dengan keputusan ini (cerai), hanya di belakang pintu sahajalah (perasaan sedih).

Terdahulu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu menerusi aplikasi Google Meet kira-kira jam 3.22 petang.

Farid tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah hari ini disebabkan masalah kesihatan susulan dijangkiti Covid-19, baru-baru ini.

Pada 10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon dan penerbit, Farid Kamil.

Diana membuat permohonan cerai di atas talian dengan alasan tiada lagi persefahaman, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

@ohbulanofficial Replying to @mrs?? Semoga segala urusan Diana dipermudahkan.. ????#OhBulan #fyp #news #dianadanielle ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×