berita

[VIDEO] Diana & Farid Tarik Balik Kes Nusyuz, Cuba Jadi Ibu Bapa Terbaik Demi Anak-Anak

August 10th, 2023 | by Alia
Kini Trending

diana anak

Pasangan selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil bersetuju untuk menarik kes semula nusyuz yang difailkan pada 20 Julai lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Pengakhiran Yang Aman & Baik’ – Diana Danielle

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Diana Tak Salam, Keluar Pun Tak Ikut Pintu Utama’ – Farid Kamil

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terubat Rindu Lihat Diana Danielle Kembali Ceria -‘Gembira Lihat Awak Tersenyum’

Tuntutan secara global

Farid Diana

Peguam syarie yang mewakili aktres tersebut iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata pada 21 Ogos hadapan kedua-dua pihak akan memfailkan kesemua tuntutan berkaitan selain telah bersetuju untuk menarik semula kes nusyuz.

Kita akan rekod di mahkamah tinggi pada 21 Ogos nanti. Itu dalam bidang kuasa mahkamah tinggi. Kita akan buat seperti mana yang dipersetujui.

Buat masa sekarang ini kami tak boleh dedahkan apa-apa lagi. Nanti akan dilakukan secara global. Dua-dua pihak sudah bersetuju untuk menarik semula kes nusyuz.

Cuba jadi terbaik

Keluarga farid diana

Sementara itu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkata walaupun dia kini sudah bergelar ibu tunggal, dia akan tetap mencuba menjadi ibu yang baik untuk anak-anak.

Saya macam biasa, akan menjalankan tanggungjawab dan amanah kita. Yang penting kita cuba untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak.

Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya bercerai dengan talak satu  yang dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof kira-kira 3.22 petang di atas talian menerusi aplikasi Google Meet.

Farid tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah disebabkan masalah kesihatan susulan dijangkiti Covid-19, baru-baru ini.

Shukran Yusof kemudian memerintahkan Diana menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Pada 10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon dan penerbit, Farid Kamil.

Diana membuat permohonan cerai di atas talian dengan alasan tiada lagi persefahaman, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

@ohbulanofficial Replying to @mrs?? Kita doa yang baik-baik untuk mereka berdua ?#OhBulan #fyp #news #dianadanielle #faridkamil ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×