Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tampil menegur segelintir personaliti media sosial yang menghasilkan konten tidak bermanfaat kepada penonton.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kamu Tayang Aurat Isteri, Bangga Puluhan Ribu Orang Tengok’ – Ustaz Wadi
Artikel Berkaitan: Konten ‘Prank’ Tangkap Basah, Hamil & Pergaulan Bebas, Netizen Kecam YouTuber Tak Jaga Ikhtilat
Teguran Ustaz Wadi
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Wadi berkata dunia digital sekarang ini dipenuhi dengan lambakan pempengaruh yang menghasilkan video demi keuntungan semata-mata.
Yang diberi peringatan oleh Rasulullah, mereka tanpa mempedulikan halal dan haram menggunakan kemahiran bercakap.
Asal boleh bercakap, pegang mikrofon dan muat naik. Bercakap sahaja janji view banyak, janji produk laku tanpa mempedulikan halal dan haram.
Dalam masa yang sama, terdapat segelintir pempengaruh yang didakwa sengaja menggunakan kontroversi hangat demi meraih penonton yang ramai.
Bergosip rumah tangga orang, sebarkan aib orang, tipu orang ramai dengan kemahiran bercakap.
Dia memang pandai bercakap, dengan kelunakkan dan kelebihan itu jadi mata pencarian dan makin ramai pula.
Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan konten-konten seperti itu sering menyorot perhatian warganet meskipun ianya hanyalah perkara yang tidak mendatangkan faedah.
Berceloteh, buat lawak bodoh, habiskan masa tunjuk benda-benda yang bodoh dan tak ada faedah. Ramai orang tengok.
Manusia sekarang ini suka dengan hiburan kosong yang melalaikan dan tak ingat pada Allah..tak ada faedah langsung.
Boleh berhibur, melawak tak ada masalah tapi kita tengok ramai influencer hari ini boleh bercakap, ada kemahiran tapi tak ada nilai pun.
Tapi orang suka tengok aksi spontan, buang masa dengan lawak yang tak ada manfaat itu.
Justeru itu, Ustaz Wadi menegur agar pempengaruh dan pengguna media sosial tidak terjebak dengan perkara yang sia-sia.
Kita dapat saksikan situasi dan keadaan ini begitu banyak hari ini.
Kita dengar hadis bercakap tentang tanda kecil kiamat, kita patut ambil berat dan buat persiapan untuk jauhkan diri kita dari keadaan yang dilarang.
Beritahu anak-anak kita jangan buat begitu.
@ustazwadiannuarofficial Ramai yang pandai bercakap, tapi tidak bermanfaat. | Ustaz Wadi Annuar #ustazwadiannuar #akhirzaman #influencer #dakwah #islam
Sumber: TikTok Ustaz Wadi Annuar