Akibat masalah jerebu yang terlampau teruk, langit di kawasan Muaro Jambi, Indonesia, kini bertukar menjadi merah. Menerusi laporan Harian Metro, keadaan tersebut berpunca daripada kebakaran hutan di Jambi sehingga menyebabkan kawasan itu menjadi gelap. Warna langit di daerah itu dipercayai bertukar menjadi warna kuning terlebih dahulu sebelum menjadi warna merah pada hari Khamis lalu.
Menghidu asap bercampuran abu
Menurut penduduk di kawasan tersebut yang dikenali sebagai Mustakim, langit di kawasan berkenaan mula berubah sejak Khamis lalu. Pada asalnyaa, langit tersebut berwarna kuning, namun apabila tibanya waktu tengah hari, warna kuning tersebut bertukar menjadi merah.
Tambahnya, mereka turut melihat abu dari kebakaran hutan di Jambi, berterbangan dan memasuki rumah semua penduduk. Oleh itu, semua penduduk tidak berani untuk keluar dari rumah kerana ketakutan.
Kami terpaksa menghidu asap yang bercampuran abu. Kalau di dalam rumah, abu kurang berbanding di luar. Sekarang saya mula rasa sesak nafas dan melarang anak keluar rumah kerana kualiti udara di tahap tidak sihat.
Sinaran matahari tidak sampai ke bumi
Menurut Ketua Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesi (BMKG) Jambi, Adi Setiadi, fenomena langit berubah dari kuning ke merah di Muaro Jambi akibat asap tebal yang menyelimuti wilayah itu.
Keadaan itu menyebabkan sinaran matahari tidak sampai ke bumi dan cuaca akan kembali seperti biasa sekiranya ada angin kencang. Tambahnya, masalah jerebu ini boleh hilang sekiranya hujan lebat. Tambahnya, hujan di kawasan tersebut dijangka turun pada Oktober ini.
Video langit merah
Menerusi Youtube Himpunan Masa Kini, sebuah video berdurasi 5:22 saat mengenai langit merah di Muaro Jambi, di muat naik untuk tatapan umum. Video tersebut menunjukkan keadaan sebenar langit di kawasan berkenaan yang kelihatan semakin teruk.
Seorang lelaki dalam video berkenaan memohon supaya individu yang membakar hutan, perlu menghentikan perbuatan tersebut dengan segera. Pada masa yang sama, dia memohon supaya individu yang membakar hutan ditangkap oleh pihak berkuasa agar tahun-tahun berikutnya, tiada lagi masalah seperti ini.
Sumber: Harian Metro & Himpunan Masa Kini