Pelakon Hun Haqeem dan Daiyan Trisha dikritik netizen selepas didakwa melakukan babak bercium dalam drama terbaharu mereka iaitu W Two Worlds.
Artikel Berkaitan: Hun Haqeem Gembira Berlakon Dengan Daiyan Trisha – ‘Saya Pernah Crush Dekat Dia’
Artikel Berkaitan: Nama Dipetik Isu Dakwaan ‘Cuci Duit’ & Diburu Bank Negara, Daiyan Trisha Tulis Pantun Khas Buat Pemfitnah
Netizen kurang senang
Menerusi adegan yang dimuat naik semula di TikTok, Daiyan memegang watak sebagai Izara dilihat menampar muka Hun yang membawa karakter Aliff, sebelum bertindak mencium aktor itu.
Bagaimanapun, aksi ciuman tersebut dihalang oleh salah satu watak lain dilakonkan oleh Elizabeth Tan yang bertindak melapik mulut aktres itu dengan pakaian.
Walaupun mereka tidak bercium dari mulut ke mulut namun aksi itu dilihat kurang senang dan mengundang kecaman daripada warganet kerana didakwa melanggar batas agama.
Nak juga remake babak bercium tu pasal apa?
Babak bercium tu dah la dua-dua pelakon muslim. Kenapa tak ambil pelakon bukan muslim je kalau nak buat babak macam ni.
Walaupun berlapik tetap bersentuhan bibir tu, Ya Allah.
Untuk info, drama tersebut diadaptasi daripada drama popular Korea Selatan dengan judul yang sama.
Drama ini juga turut dibintangi pelakon antaranya Mierul Aiman, Tony Eusoff, Faizal Hussien dan ramai lagi.
@procsniper Cium dekat pipi ke tu ? #wtwoworldsmalaysia #wtwoworlds #hunhaqeem #daiyantrisha #elizabethtan #viuoriginal #viumalaysia #viu
Sumber: TikTok