berita

[VIDEO] Pengasas Bulan Bintang Kongsi Rezeki RM200,000 Untuk CSR Kempen Sinar Ramadan, Tambah 10 Pakej Umrah Berjumlah RM241,600

April 1st, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

MERI BUSY

Bukan sekadar menyediakan hadiah cabutan bertuah lumayan kepada pembeli, jenama baju melayu lokal nombor satu turut berkongsi rezeki melalui kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terselit Rezeki Ibu Tunggal Menang Hadiah Umrah Dalam Baju Melayu Bulan Bintang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pengasas Bulan Bintang Ajak Netizen ‘Check’ Sendiri Kualiti Baju Melayu – ‘Ni Memang Betul Tebuk’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hannah Delisha Trauma Alami ‘Missed Miscarriage’, Tahu Keguguran Selepas Sebulan Janin Meninggal Dalam Kandungan

Peruntukan RM200,000

Meri bulan bintang CSR

Menurut pengasas jenama baju Melayu Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkata dia telah membelanjakan hampir RM200,000 untuk CSR tahun ini.

Kata Azzim atau lebih mesra disapa Meri, fokus utama adalah untuk memberi sumbangan dan meringankan beban orang ramai terutama golongan miskin tegar, anak-anak yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Ini adalah kali pertama kami melakukan CSR secara besar-besar di mana ini kami hanya memberi sumbangan wang ringgit dan ia dilakukan pihak lain. Namun tahun ini berbeza kerana tema kami ialah ‘give back to society’ di mana kempen ini sangat besar termasuklah cabutan bertuah.

Dalam kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang, kami telah melakukan CSR bersama OKU cacat penglihatan, ibu tunggal, miskin luar bandar, pelajar dan anak yatim.

Untuk kempen ini kami belanjakan antara RM150,000 hingga RM200,000 termasuk pek bantuan makanan dan baju raya.

Meri berkata demikian ketika hadir ke program Sinar Ramadan Bulan Bintang yang diadakan di Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra, Selangor, pada petang Sabtu.

Tidak berseorangan, barisan duta iaitu Hannah Delisha, Shukri Yahaya dan Nadhir Nasar turut meluangkan masa memasak bubur lambuk dan nasi tomato sebelum diagihkan kepada penduduk.

Tambah hadiah pakej umrah

Meri bulan bintang CSR 2

Dalam pada itu, Meri menyatakan dia sudah menambah hadiah menunaikan umrah kepada 10 lagi pemenang cabutan bertuah yang bernilai RM12,080 setiap pakej.

Malah katanya, sudah lebih dari 70% hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta sudah dimenangi oleh pelanggan dan baki akan dihabiskan sebelum bulan Ramadan berakhir termasuklah sebuah Nissan GT-R.

Pada mulanya kami hanya menyediakan lima pemenang untuk pakej umrah di mana setiap pakej boleh membawa pasangan. Namun sambutan sangat menggalakkan dan perasaan dapat tunaikan umrah itu sesuatu yang sangat berharga, tidak sama seperti menang kereta.

Disebabkan itu kami tawarkan 10 pakej umrah di mana 20 orang akan berpeluang untuk tunaikan ibadah umrah. Harga bagi satu pakej ialah RM12,080 dan menjadikan jumlahnya RM241,600.

Kini hanya berbaki 30% daripada hadiah keseluruhan untuk dimenangi sebelum menjelang hari raya. Terima kasih kepada semua pelanggan yang terus menyokong produk kami.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sinar Ramadan Bulan Bintang mendapat kerjasama bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang akan berkunjung ke tujuh buah lokasi di seluruh Malaysia.

SKIP THIS AD ×