Selepas sekian lama mendiamkan diri, balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali kembali menuntut hutang yang belum dibayar pelawak Ali Puteh.
Artikel Berkaitan: Selepas Hidayah Abam Pulang, Ali Puteh Dakwa Jumpa Garam Kasar & Bangkai Mengkarung Di Luar Rumah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ali Puteh Janji Bayar Hutang RM60,000 Sebelum Aidilfitri
Tak bayar sampai sekarang
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Hidayah mendedahkan Ali masih tidak melunaskan hutang saman yang berjumlah RM76,167.28. Tunggakan itu sudah berlanjutan setahun lebih iaitu sejak 18 Februari 2022 sehingga kini.
Bagus la tapi duit saya menang saman dari 18 Februari 2022 sampai ke hari ini 2023 belum bayar dan jangan buat-buat lupa ya. Dah bulan 8 ini masih awak tak bayar lagi duit saya sampai sekarang.
Jangan diam saja dan jangan lupa bayar awak masih berhutang dengan saya RM 76,167.28 sehingga kini.
Dakwa Hidayah, bukan Ali saja yang belum membayar malah kakaknya juga berhutang sebanyak RM2,000.
Kakak awak masih berhutang dengan saya RM2,000 sebab kalah saman. Belum bayar dari tahun 2022 sehingga tahun 2023.
Hutang wajib dibayar
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menekankan kewajipan membayar hutang adalah wajib.
Sekarangkan viral tentang orang berhutang kan. Hutang wajib kena bayar.
Memetik laporan media pada 29 Mac, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berjanji akan menyelesaikan bayaran RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi menyelamatkan rumah pusaka arwah ibunya disita.
Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga Ali Puteh bermula selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah menyaman Ali Puteh, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu menerusi akaun IG antara lain menggambarkan wanita itu seorang isteri yang tamak dengan harta pusaka suaminya.
Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya juga menfailkan saman terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah atas dakwaan berkonspirasi. Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga.
Sumber: Instagram