Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila tular video yang memaparkan aktor Syafiq Kyle dan pelakon, Mimi Lana keluar makan bersama-sama di sebuah kedai yang dipercayai terletak di Setapak, Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle & Mimi Lana Dah Getback? Kantoi Keluar Makan Bersama
Artikel Berkaitan: Mimi Lana Muat Naik Video Kerja Bersama Syafiq Kyle, Netizen Komen ‘Record Sebelum Tak Jadi Kahwin Kot’
Bukti kukuh keluar berdua
@aroimakmak_ahanthai Artis yg paling rendah diri dan sporting makan kat gerai. Favs both of them miang pla. #mimilana #syafiqkyle #aroimakmak #thailand #setapak #meecelup ? original sound – umai
Terbaru, viral lagi sebuah rakaman Syafiq dan Mimi sedang menikmati makanan Thailand di kedai AroiMakMak Ahanthai. Kali ini, terjawab sudah hubungan Syafiq dan Mimi dalam keadaan baik selepas sebulat suara membatalkan majlis perkahwinan.
Mereka berdua kelihatan sangat mesra ketika diminta untuk membuat ‘review’ makanan yang dihidang. Antara pilihan juadah yang menjadi pilihan adalah pulut mangga, somtam dan ikan bakar.
Menerusi video selama 27 saat, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin memilih Miang Pla Pao sebagai makanan kegemarannya.
Check kat IG
Semestinya, melihat barisan pelakon filem Pusaka bersama membuatkan hati warganet gembira terutama peminat setia.
Malah, netizen turut mengesahkan perkongsian itu bukan video lama kerana Mimi dan Syafiq memakai pakaian yang sama ketika menghadiri tayangan filem War On Terror KL Anarki, hasil lakonan Aedy Ashraf.
Terdahulu, pengurus Mimi Lana yang dikenali sebagai Iman Tang menerusi satu mesej pesanan ringkas memaklumkan pasangan itu membatalkan majlis pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu.
Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, tiada sebarang jawapan mahupun kenyataan rasmi berhubung pembatalan majlis tersebut daripada kedua-dua pihak.
Syafiq bagaimanapun ketika ditemui pengamal media berkata dia enggan memberi sebarang komen dan memilih untuk terus mengunci mulut.
Sumber: TikTok