berita

8 Perkara Peminat Tegar Bola Sepak Lakukan Pada Hari Perlawanan

May 18th, 2016 | by Epul
Sponsored Post

Screamer

Siapa antara korang yang minat bola dekat sini? Kami pun layan juga bola dekat Malaysia ni. Meskipun bukanlah terlalu fanatik macam korang yang lain tu.

Tapi pasukan negara tetap menjadi pembakar semangat kita semua bila mereka beraksi mewakili negara Malaysia di pentas antarabangsa. So kalau korang peminat fanatik bola sepak tak kiralah dari pasukan tempatan mahupun antarabangsa mesti korang pun buat 8 perkara ni kan?

Kalau tak pernah tu mungkin korang bukan fanatik bola tapi fanatik benda lain ni.. Hu.. Hu.. Hu..

1.Korang akan pakai jersi bertuah korang

ezgif.com-crop (3)

So ini merupakan satu tabiat yang sering dilakukan sebelum apa-apa perlawanan bola sepak berlangsung. Biasanya perlawanan akan diketahui awal, dan waktu ni juga mesti korang semua sibuk dengan nak buat persiapan kan?

Antaranya beli jersi pasukan yang disokong, lepas tu kalau boleh nak borong banyak-banyak dan pakai satu family. Tak pun boleh jual dekat member yang turut menyokong pasukan yang sama.

2.Create group whatsapp

whatsapp group

Perkara yang paling ‘ditunggu-tunggu’(ditunggu sangat) bila akan tertubuhnya sebuah group whatsapp yang objektifnya hanya pasal bola. Makan bola, lepak bola, main bola, dan tengok bola bola.

Tapi sebenarnya elok juga bila ada group whatsapp ni, bila dah sampai stadium tidaklah sesat sorang-sorang. Boleh ajak member lepak sebelum dan selepas tengok bola sama-sama.

3.Selfie cium lencana jersi acah-acah pemain

Cium Jersey

(Gambar sekadar hiasan)

Yang ni paling win, biasa yang cium lencana ni pemain-pemain bola je. Tu pun lepas berjaya menjaringkan gol atau mungkin sebab baju baru. Ceih!

Tapi sekarang dah jadi trend juga bila selfie je nak cium lencana macam awak tu yang berjaya menjaringkan gol. Jangan risau kami tak kecam korang sebab korang berhak gembira dengan apa yang korang pakai. #bajubaukilang #CiumanSetia

4.Lukis atau cat gambar bendera di muka

ezgif.com-optimize (8)

Okay seterusnya, tak semua orang berani nak buat perkara ni. Ada antara penyokong yang nampak hot waktu dekat stadium, ada pula yang nampak cool dan ada juga yang sengaja nak cat muka tu sebab nak tutup JERAWAT..Ha..Ha..Ha..

P/S: Kami gurau je jangan ambil hati

Tapi apapun korang memang terbaik sebab semangat dengan pasukan yang korang sokong. Meskipun terpaksa mewarnakan kulit korang dengan cat.

5.Cuba jadi yang berbeza daripada orang lain

Screen Shot 2016-05-12 at 3.44.15 PM

(Sekadar gambar hiasan)

Biasa kalau dalam ramai-ramai tu mesti ada yang pelik. Tak kira la pelik dari sudut perangai mahupun perwatakan. Bila orang tu pelik, sebenarnya merekalah yang paling menarik sebab mesti jadi tumpuan ramai.

Tak percaya cuba korang masuk pusat beli belah pakai topi pelik. Confirm ramai yang terpegun dengan korang, silap-silap ajak bergambar jadi viral satu dunia.

6.Naik bas ramai-ramai pergi stadium

ezgif.com-optimize (6)

Ini pun satu perkara yang menarik yang kami nak kongsikan dengan korang semua bila dah fanatik nak tengok bola tu kan, sanggup turun ke stadium lawan semata-mata nak beri semangat pada semua pemain, meskipun rumah jauh berbatu.

Seronok je pergi ramai-ramai naik bas, jumpa kenalan baru kan. Nyanyi lagu semangat sepanjang perjalanan, so nanti boleh sambung nyanyi dekat dalam stadium.

7.Hafal lirik lagu kebanggaan pasukan yang disokong

ezgif.com-optimize (7)

Seterusnya, sebelum nak ke stadium mesti hafal lirik lagu pasukan yang disokong atau kata-kata semangat untuk pasukan. Sebab nanti nak dilaungkan bila dah sampai dekat dalan stadium dengan team penyokong yang lain.

Confirm meriah dan yang paling penting bersemangat, barulah pemain-pemain pun bersemangat nak main dan menang.

8. Bertukarlah ke U Mobile untuk update secara LIVE kejadian dekat dalam stadium..gempak habis!

Screen Shot 2016-05-13 at 11.46.10 AM

Minat dan rasa bangga terhadap bola sepak menyatukan kita semua serta merapatkan hubungan korang dan pasangan. Nasib baik ada bangsabola.com yang sentiasa membuatkan kita, peminat boleh bersaing antara satu sama lain untuk menjadi peminat paling fanatik.

Terima kasih kepada U Mobile sebab jadikan hidup kami lebih bermakna! Macam biasa la, bila nak tengok bola tu mesti ramai juga nak upload gambar sebelum perlawanan dan selepas perlawanan kan?

Jadi apa tunggu lagi? Bertukarlah ke U Mobile sekarang sebab, bukan sahaja internet yang pantas tapi korang boleh kongsikan dan update secara LIVE moment-moment yang berlaku dalam stadium sepanjang game berlangsung, dan jangan lupa #KamiBangsaBola.

Macam mana nak dapat semua tu? Apa kata korang terjah ke laman sesawang U Mobile untuk ketahui cara tukarkan plan tanpa tukarkan nombor kesukaan korang dan nikmati kelebihan-kelebihan tanpa had daripada U Mobile.

Sumber: bangsabola.com

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×