berita

Buat Kraf Dengan Anak & Banyak Lagi Aktiviti Best Untuk Seisi Keluarga Di RIUH 2 & 3 Disember Ni!

November 30th, 2017 | by Epul | 0 comments
44.7K
reads
3.7K
shares
Gaya Hidup


Cuti sekolah dah start kan guys? Haa, setakat ni korang buat apa je kat rumah? Kalau setakat tengok tv, makan tido tu jangan cerita lah. Mesti bosan kan? Apa kata ajak adik, kawan-kawan dengan family korang datang RIUH pada 2 & 3 Disember ni kat APW di Jalan Riong, Bangsar. Ada apa kat sana?

Ada macam-macam aktiviti menyeronokkan yang sesuai untuk korang semua! Dengar kata RIUH kali ni memang sesuai untuk mereka yang kreatif? Jom kita baca apa yang menarik…

Belajar kraf di Bengkel Kraf 6 dalam 1. Menariknya!

Bersempena sambutan perayaan dan cuti sekolah, apa kata kita kreatifkan minda kanak-kanak dengan siri bengkel kreatif RIUH yang memfokuskan Bengkel Kraf 6 dalam 1 kali ni. Apa tu? Haa, maknanya korang boleh belajar 6 seni kraf berbeza dalam 1 hari! Seronok kan? Dalam sehari, korang akan diajar menghasilkan:

  • Bar sabun wangi
  • Sapu tangan bercetak
  • Plaster hiasan tangan beraroma
  • Magnet resin
  • Lilin manik berlapis
  • Losyen

Banyak kan? Semuanya menarik pulak tu! So, jangan lupa datang pada 2 Disember dari 11 pagi hingga 5 petang kalau taknak ketinggalan join bengkel-bengkel ni!

‘Doodle’ dan warna atas Mini Cooper. Wow!

Tak lengkap kalau ada aktiviti untuk kanak-kanak je, orang dewasa punya pun kena ada! Haa, siapa kreatif dalam ‘doodle’ tak kira lelaki ke perempuan, jom serlahkan kreativiti korang dengan ‘doodle’ atas Mini Cooper. Asyik ‘doodle’ atas kertas je, kali ni kita tunjukkan kebolehan kat orang ramai pulak!

Doodle dan warna atas kereta Mini Cooper ini dibawakan khas oleh SOCAR Malaysia yang menyediakan perkhidmatan shuttle dari LRT Bangsar, Bangsar Village 1 dan Bangsar Shopping Centre ke RIUH tau!

Tengok dekorasi lawa-lawa, boleh dapat inspirasi

Gambar sekadar hiasan

Untuk ibu-ibu dan korang yang kreatif, boleh datang RIUH dan tengok sendiri dekorasi unik istimewa sempena musim perayaan dari POW Ideas. Kalau korang nak tau, ini adalah sambungan dari dekorasi tahun sebelumnya. Tapi kali ni ia dibahagi kepada 2 variasi: gelung mendatar dan menegak. Apa tuuu?

Diorang nak buat dekorasi sempena musim perayaan yang lebih kurang sama tapi guna orientasi gelung berbeza. Idea asalnya adalah inspirasi dari dekorasi gelung musim perayaan depan pintu rumah. Gelung direka untuk menjadi penanda supaya boleh dijual oleh pembuatnya. Menarik kan? Boleh dapat idea untuk hias kat rumah nanti!

Tak ketinggalan, ada Live Act jugak kali ni!

Priscilla Xavier

Macam biasa, tak syok lah kalau datang RIUH takde persembahan secara langsung kan? Kali ni, korang boleh enjoy tengok persembahan hebat dari Priscilla Xavier, Wan Imar, Casa String Quartet, Kita:orang, Upbeat Joget, Mangunatip (the borneo bamboo dance) dan banyak lagi!

Wan Imar

Lepas syok makan, borak-borak dengan dan enjoy dengan aktiviti yang ada, layan sikit persembahan diorang sebagai halwa telinga bila datang RIUH. Takde la bosan bila ada hiburan kan?

Kita:orang

Mangunatip (the borneo bamboo dance)

Tengok list penuh dan jadual aktiviti kat bawah ni, korang nak join yang mana?

Macam-macam booth yang menjual makanan, minuman, jualan cenderahati, pakaian dan banyak lagi disediakan kat sana!

Admin suggest korang atur elok-elok mana yang korang rasa nak join supaya tak bertindih dengan aktiviti lain pada masa yang sama!

Malas nak drive di hujung minggu? Naik GRAB je!

Cari parking memang masalah besar buat rakyat Malaysia. Sebab tu, admin galakkan korang naik GRAB ke RIUH! Lagi pun, korang boleh guna kod promo ‘GRABRIUH‘ supaya dapat potongan RM8 untuk 2 trip. Boleh guna untuk waktu pergi dan balik, jimat kan?

Terhad untuk 500 perjalanan pertama je tau! So, datang awal okay!

Jangan lupa datang! Ajak kawan, adik-adik, keluarga dan semua lah!

Jangan lupa mark kalendar korang pada 2 & 3 Disember nanti! Ajak kawan, keluarga dan adik-adik korang kalau nak rasa enjoy di hujung minggu. Follow Instagram dan Facebook RIUH kalau untuk update terkini mengenai RIUH. Nak tanya apa-apa, emel ke [email protected] okay. Jumpa kat sana!

The following two tabs change content below.

Most read today

Recommended for you