berita

Plan Roadtrip Tapi Tak Jadi? Ini 6 Sebab Kenapa Trip Asyik Cancel Banyak Kali. No 5 Tu Paling Benci!

October 16th, 2017 | by Epul
Kini Trending

Jiwa rider mesti faham kalau kami kata korang suka plan ride ramai-ramai pergi makan ikan patin masak tempoyak yang famous kat Pahang atau mandi air terjun cantik kat Ulu Yam. Pergi ramai-ramai baru best dan meriah, sorang set masa, sorang arrage tempat dan lain-lain. Feeling beb 10 biji motosikal tersusun atas highway. Tapi bila tiba hari kejadian, mesti dari 10 orang, hanya 4-5 orang yang muncul. Sebab apa?

Haa, ni mesti member-member korang buat perangai kan? Kita pantang betul kalau dah setting plan baik punya, tiba-tiba ada perkara jadi sampai hilang mood korang tu… Nak tau apa lagi perkara yang menyebabkan korang menyampah bila plan roadtrip tapi tak jadi? Jom kita baca…

1. Kawan cancel last minit. Ni dah biasa!

Bila dah dekat tarikh trip korang, mula lah ada member yang WhatsApp nak cancel last minit dengan macam-macam alasan. Alasan tak munasabah pun ada, contohnya kucing mati, nenek kahwin dan macam-macam lagi. Patutnya bagi tahu lah awal kalau ada perkara yang korang boleh expect will happen kan?

Dibuatnya kawan korang dah plan nak bawak makanan macam-macam, tak ke membazir sebab takde siapa makan? Tak baik tau buat kawan-kawan macam tu…

2. Bajet lari sebab kena bayar itu ini… Hmmm

Haa, biasanya kita memang ada duit simpanan tiap bulan kan? Duit tu lah kita nak guna untuk macam-macam. Tapi kadangkala ada perkara tak diduga berlaku contohnya atap rumah bocor, mesin basuh rosak, sinki pecah, anak sakit dan banyak lagi. Terus bajet nak pergi roadtrip lari kena bayar itu ini.. Tak boleh argue on that lah kan?

So, demi keselamatan cuba korang menyimpan dalam saluran berbeza. Bahagi untuk keperluan masing-masing, jadi bila nak guna takde lah kacau simpanan lain. Bijak kan?

3. Tarikh berubah-ubah, last-last tak jadi!

Si A kata pergi 12 haribulan, si B pulak kata pergi 13 haribulan. Eh, yang mana satu ni? Berubah-ubah tarikh padahal dulu plan rasanya pergi pada 11 haribulan? Ni mesti sebab ada member korang yang perangai kejap nak pergi kejap taknak pergi. Taktahu lah apa masalah dia! Padahal member yang lain dah apply cuti awal ni… Masalah betul!

Seeloknya, untuk orang yang ada perangai macam ni korang plan 4 atau 5 bulan awal supaya diorang boleh berfikir dengan tenang dan rancang sebaiknya sama ada nak pergi atau tak. Nanti, tak kelam kabut nak buat preparation dan sebagainya. Jadi, plan dengan bijak okay?

4. Cuti kena tarik. Sedih gila!

Elok-elok dah apply cuti nak pergi roadtrip dengan member, tiba-tiba cuti kena tarik! Sedih gila weh! Bos pun WhatsApp kau cakap ada hal emergency pasal kerja yang mana dia nak korang cover satu projek. Pedih beb…

Cuba slow talk dengan bos mintak orang lain ganti sebab tak baik lah rosakkan plan yang dah lama korang rancang ni.. Bukan selalu beb pergi jalan-jalan dan seronok tanpa fikir pasal kerja! Tak pun, cuba ‘kaw tim’ dengan geng office korang supaya ganti waktu korang takde… Semua boleh bawak berbincang!

5. Member lepas tangan. Semua nak orang rancangkan untuk dia!

Bila ada sorang member korang tu perangai macam raja, semua nak orang uruskan untuk dia. Habis, dia buat apa? Enjoy je pergi sekali? Eh, mana boleh… Nak pergi sama-sama kena lah rancang sama-sama..

Sebab perangai sorang ni lah semua orang taknak pergi, tak adil beb… Dalam berkawan patutnya ada bertolak ansur dan tolong-menolong, baru syok dan boleh feeling friendship tu bila pergi nanti!

6. Motosikal problem. Lupa nak servis!

Dah tau nak pergi roadtrip naik motosikal, servis la awal-awal! Kalau dari rumah enjin tak boleh start takpe kalau mati kat tengah jalan? Masak beb! Tak pasal-pasal kawan kena tolak motor korang.. Mana nak cari bengkel kat tengah highway? Ada baiknya korang ‘sediakan payung sebelum hujan’ okay?

Nak pemanduan lancar semasa roadtrip? Gunalah Shell Advance!

Sebagai pemandu motosikal, korang tau kenderaan tu kena servis ikut jadual. Baik korang servis motor tu supaya tak jejaskan plan korang dengan kawan-kawan tu. Guna minyak pelincir Shell Advance untuk lebih kelancaran pemanduan atas jalan raya.. Nak tau apa yang best mengenai minyak pelincir Shell Advance?

  • Semua minyak pelincir yang dijual oleh Shell Advance dijamin asli!
  • Bermula 3 hingga 20 Oktober, setiap pembelian pek 1 liter Shell Advance layak menerima tiket Shell Malaysia MotoGP 2017 bernilai RM60 bersama goodie bag!
  • Korang juga berpeluang untuk bertemu Ducati Rider Jorge Lorenzo pada 25 Oktober 2017!

Bestkan minyak pelincir Shell Advance ni? Kat mana nak beli? Haa, kalau risau korang tersalah beli yang tiruan, beli kat Lazada Store je! Memang yakin original dan korang boleh dapat harga diskaun serendah RM 17.90!

Jom beli ramai-ramai untuk pemanduan selamat menuju ke destinasi dengan kawan-kawan!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×