berita

‘Siapa Yang Balik Rumah Mak..’ – Hari Pertama Puasa, Kiriman Suara Ibu Memey Suhaiza Ini Sebak

May 17th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Bagi seorang ibu yang mempunyai anak yang jauh di perantauan, pasti berasa sangat rindu lebih-lebih lagi di bulan ramadhan ini. Teringat pula kenangan sewaktu anak-anak kecil dahulu, riuh rendah dengan pelbagai ragam kan?

Memey Suhaiza di Instagram, berkongsi pesanan suara yang dikirim ibunya di Whatsapp Group. Di ruangan komen, ramai yang sebak teringat ibu bapa masing-masing.

Panggilan keramat seorang mak

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Ni namanya panggilan keramat seorang MAk
Tak boleh tahannn..
Walaupun jauh perjalanan lebih 300 km..
Demi mak tercinta..
Berdesup balik.. mmg takde dlm perancangan sbb tgh byk kerja,anak plk tak cuti..
Tapi bayangkan mak cakap mcm tu tak tertahan lagi rasanya..
Kalau ikutkan baru berkumpul adik beradik semua baru ni,
Tapi masuk puasa ni mungkin mak rindu kenangan riuh anak2 berebut makan
Mujurlah dapat suami yg sgt memahami,baik n rajin melayan… Tq Love  dlm tak cukup rehat ,dia yg suggest “ sayang kita balik buka puasa dgn mak abah jap,lepastu kita balik kl semula”
Subhanallah dlm sedih n teruja..
Terima kasih suami..
Doakan perjalanan kami sekeluarga selamat..
Surprise utk mak abah..
Adik2 dah tau,mak abah je belum. Tak sabar nak jumpa mak abah,adik beradik semua
Shhhhh… jgn bocorkan rahsia ni tau
Harap mak tak tgk ig

‘Berair mata’

Sumber : Instagram Memey Suhaiza

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×