berita

‘Tak Kiralah 14 Atau 11 Tahun, Ikatan Adik Beradik Kami Takkan Terpisah’ – Elza Irdalynna

October 23rd, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Terdahulu, pelakon Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan Indonesia kerana cuba menyeludup dadah yang dimasukkan di dalam duburnya. Benjy dikenakan hukuman penjara selama 11 tahun dan denda RM312,539 oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia.

Ramai yang terkilan kerana Benjy seakan tidak serik dengan perbuatannya. Adiknya, Elza Irdalynna di twitter meluahkan isi hati.

‘Kita akan harunginya sama-sama’

Walau tersilap langkah, Ben tetap darah daging

Sebelum ini, saya mengelak daripada memberi kenyataan. Tapi hari ini saya terasa ingin meluahkan isi hati.

Ben, walaupun apa kekurangan dan kesalahan yang dia buat, dia tetap darah daging saya.

Dialah abang yang menjaga kami adik beradik sewaktu ibu ayah keluar bekerja. Daripada kecil dia jadi ketua keluarga kepada kami, dia berkorban masa bermain dengan kawan-kawan demi jaga kami.

Ben, walau tersilap langkah, dia tetap abang saya. Dia jadi pelindung kepada saya ketika saya perlukan dia. Saya jadi lebih berani, tahu saya ada dia sebagai abang.

Tak kiralah 14 atau 11 tahun, ikatan adik beradik kami tidak akan terpisah.

Saya tak akan menghukum Ben atas kesalahan yang dia buat. Saya sayang dia sebagai abang. Saya maafkan dia sebagai seorang keluarga. Masih banyak masa untuk dia bertaubat. Sebagai adik, saya akan tetap bersama Ben sampai ke akhir hayat.

sumber : mStar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×