berita

[VIDEO] Kau Pernah Lukai Hati Aku – Didakwa Tidak Mengaku Anak, Saleem Luah Rasa Kecewa?

June 16th, 2017 | by Shafika | 7 comments
83.9K
reads
7.4K
shares
Isu & Kontroversi

Baru baru ini viral nama Nursyafiq Farhain anak kepada Saleem yang merupakan penyanyi legend di tanah air. Memiliki suara yang merdu sehinggakan ramai yang menganggap Syafiq mewarisi bakat dari ayahnya. Korang dah dengar belum? Sedap weh..

Namun, ada satu video Saleem ditemuramah oleh Utusan Online mengenai anaknya yang kini mula menerpa nama dalam nyanyian. Dengar dari nada Saleem macam sedikit terkilan dan kecewa. Isu apa ni?

Nasihat Saleem pada anaknya

Menerusi perbualan bersama wartawan Utusan, Saleem didakwa kononya tidak mengaku anak. Namun, menurut Saleem dia masih terasa dengan anaknya yang pernah melukai hatinya. Beliau menyuruh untuk anaknya ingat kembali peristiwa lepas. Mungkin hal hal lepas yang kita tidak tahu. Jangan cepat buat andaian okay.

Saleem juga berharap anaknya meminta maaf dengannya bagi menyelesaikan masalah ini. Dia turut memberi nasihat kepada anaknya untuk menyanyi dengan ikhlas. Tidak mengejar populariti.

Mungkin ada betulnya apa yg Saleem cakap, tetapi kita tak tahu apa yang terjadi kepada anaknya semasa kecil. Bagaimana melalui kehidupan tanpa ayah disisi. Tapi ingat tiada manusia sempurna dan semua pernah melakukan kesilapan. Apa yang terjadi pada Saleem elok dijadikan pengajaran.

Kita sebagai manusia jangan cepat menghukum dan beri peluang untuk dia perbaiki diri. Apa-apa pun, kisah sebenar kita tak tahu… So, lebih baik kita doakan yang baik-baik sahaja untuk diorang berdua.

Pandangan netizen

Sumber : Utusan Online

7 Comments

  1. Mak aku says:

    Utusan,Utusan,cuba nak pecah belahkan keluarga Saleem.Udah2 ler.

  2. Manusia2 says:

    Ummm…zzzzzzzzz

  3. anon says:

    Mestilah anaknya marah kat bapak dia sb bapak dia gih cari bini lain & tinggalkan mak dia… Anak mana yg tak sakit hati…