berita

Foto Ella & Suami Di Puncak Gunung Ledang

February 19th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

9b02bd2674e411e2b55122000a1f9be7_7

Baru-baru ini ratu rock tempatan, Ella telah menghabiskan aktiviti mendaki Gunung Ledang bersama suami tercinta. Aktiviti mendaki ini telah memakan masa selama dua hari, satu malam.

Sewaktu menjalankan aktiviti mendaki tersebut, Ella telah sempat merakamkan beberapa detik indah sewaktu berada di dalam hutan dan foto-foto tersebut telah dikongsikan dengan peminat di laman Instagram miliknya sendiri.

Menerusi foto-foto yang dipaparkan, nampaknya Ella dan suami bukan sahaja mendaki gunung, malah pasangan ini telah sempat singgah di sebuah kawasan air terjun yang cantik dan berkelah di tempat tersebut. Wow.. syok juga buat aktiviti macam ini kan?

Di sini kami kepilkan beberapa foto Ella dan suaminya sewaktu mendaki Gunung Ledang pada 12 Februari lalu.

Kredit Foto : Instagram Ella Aminuddin