berita

Anggota TUDM Tembak 3 Rakan Setugas, Sempat Jerit ‘Nak Hidup Atau Mati!’

August 13th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Sarawak, empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan maut dalam kejadian tembak di Kem TUDM yang berlaku pagi tadi. 

3 anggota ditembak

Sekadar gambar hiasan

Ujar Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail menerusi laporan Harian Metro, menjelaskan kejadian tersebut berlaku jam 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika masa serah tugas. Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri.

Ujar Aidi lagi, dua anggota yang ditembak maut serta-merta di tempat kejadian manakala, seorang lagi mengalami cedera parah. Mangsa yang mengalami cedera parah bagaimanapun, sempat memandu kenderaan sendiri bagi mendapatkan rawatan di klinik tenter yang terdapat dalam kem tersebut.

Mangsa yang cedera di bahagian perut dan kritikal meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan.

Berbicara lebih lanjut, pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan Forensik Hospital Umum Sarawak datang ke tempat kejadian dan sehingga kini, siasatan lanjut masih dijalankan.

Sempat ugut anggota lain

Foto: BERNAMA

Terbaru lapor Berita Harian, anggota TUDM yang bertindak menembak tiga rakan setugasnya sempat bertanyakan soalan kepada mereka. Difahamkan, suspek bertindak meluru ke dalam balai pengawal dan mengambil senjata jenis Colt M4 Carbine lalu mencekahnya.

Nak hidup atau mati.

Salah seorang anggota sempat menegurnya namun suspek bertanya, nak hidup atau mati.

Susulan melihat tindakan suspek, salah seorang anggota cuba menenangkannya bagaimanapun, suspek bertindak melepaskan tembakan ke arah perut mangsa.

Sumber: Harian Metro & Berita Harian

SKIP THIS AD ×