Baru-baru ini, lagu Cinta Dalam Hati nyanyian asal kumpulan Ungu sekali lagi menjadi trending apabila salah seorang peserta Indonesia Idol iaitu Jemimah menyampaikan lagu tersebut dengan susunan muzik yang baru dan vokalnya juga mantap!
Susulan itu, di platform TikTok rata-rata pengguna mula mencetuskan #JemimahChallenge sehingga cabaran ini mendapat perhatian ramai. Termasuk juga penyanyi-penyanyi di Malaysia yang turut sahut cabaran tersebut. Jom tengok!
Versi Ismail Izzani
View this post on Instagram
Siapa yang tidak kenal dengan anak kepada Datin Suliza Salam iaitu Ismail Izzani. Penyanyi lagu Luar Biasa ini juga menyertai cabaran #JemimahChallenge tetapi diselit sedikit dengan jenaka di pengakhiran video untuk menghiburkan pengikutnya.
Ernie Zakri
View this post on Instagram
Usah dipertikaikan lagi kematangan vokal nyanyian Ernie Zakri. Beri apa sahaja lagu, sudah tentu mampu dibawa dengan baik. Sekali buka mulut, penyanyi Ku Bersuara ini pasti membuat pendengar terpegun. Power!
Dina Nadzir
View this post on Instagram
Sudah agak lama kita tidak mendengar suara nyanyian dari Dina Nadzir. Di dalam kesibukan dengan kerjayanya sebagai penyampai radio ERA, dia juga tidak mahu ketinggalan dengan menyahut #JemimahChallenge ini. Rindu nak dengar Dina menyanyi…
Lan Solo
View this post on Instagram
Ini rare! Sambil baring pun Lan Solo mampu menyampaikan lagu Cinta Dala Hati ini dengan baik. Apatah lagi ditemani dengan anak-anaknya. Memang sempoilah!
Aina Abdul
View this post on Instagram
Bakat nyanyian pada Aina Abdul usah dipertikaikan lagi. Tidak dinafikan, dia antara penyanyi wanita di Malaysia yang sangat berbakat dalam bidang nyanyian.
Siapakah antara mereka semua ini yang paling power dalam menyahut cabaran #JemimahChallenge?
Persembahan penuh Jemimah
Persembahan Cinta Dalam Hati oleh Jemimah di pentas Indonesia Idol Special Season sangat memukau. Persembahan dan kekuatan vokalnya itu telah mendapat pujian dari semua juri termasuk Ari Lasso, Anang Hermansyah, Rossa, Judika, dan Maia Estianty.
Sumber: Indonesia Idol, Instagram