berita

Miss Grand International Malaysia Bawa 7 Puteri ‘Ulek Mayang’ Naik Pentas Malam Ini!

November 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bahang kehangatan Miss Grand International 2021 untuk acara ‘national costume’ malam ini semakin dirasai oleh semua peserta termasuk penyokong setia pertandingan ratu cantik itu. Bakal bersiaran secara langsung dari Bangkok, Thailand, kesemua peserta mula menunjukkan busana ‘national costume’ mereka di media sosial.

Untuk tahun ini, Malaysia telah menghantar gadis kelahiran Selangor, Lishalliny Kanaran sebagai wakil. Pelajar jurusan arkitek ini bakal mengenakan busana berinspirasikan ‘7 puteri purba Ulek Mayang’. Memang cantik!

Ulek Mayang

Di Instagram, Lishalliny Kanaran berkongsi serba sedikit mengenai sejarah Ulek Mayang dan busana yang dipakai olehnya malam nanti. Menurut Lishalliny, busana tersebut direka khas untuknya oleh Aldrin Grame.

Ulek Mayang berasal dari Terengganu dan merupakan sebuah lagu dan tarian masyarakat dahulu yang dipersembahkan sebagai upacara penyembuhan bagi seorang nelayan yang jatuh sakit di laut. Nelayan tersebut dipercayai jatuh sakit kerana terdapat roh laut. Hanya satu cara nelayan tersebut boleh disembuhkan iaitu dengan memanggil roh laut dan menghantar mereka kembali ke dasar laut yang gelap.

Ketika sesi reveal tadi, rata-rata netizen teruja melihat foto Lishalliny ketika menjalani sesi photoshoot. Ujar netizen, raut wajah dan karakter Lishalliny sangat sesuai tatkala mengenakan busana tersebut. Ujar netizen lagi, Aldrin berjaya mengetengahkan sesuatu yang baru dan ianya melambangkan negara.

Sesi photoshoot

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @aldrin.grame

Rata-rata rakyat Malaysia tidak sabar untuk melihat penampilan Lishalliny malam nanti. Mereka turut berharap Lishalliny dapat memperagakan busana tersebut dengan baik sekaligus, memberi peluang buatnya untuk mara ke pusingan seterusnya.

Sumber: Lishalliny & Aldrin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×