Baru-baru ini, pelakon remaja, Puteri Balqis, mendakwa pernah dicabul bapa kandung sendiri tatkala usianya masih muda.
Artikel berkaitan: ‘Dia Tengok Pornografi Macam Kartun’ – Puteri Balqis Dedah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Ayah?
Artikel berkaitan: ‘Mangsa Trauma Perlu Sokongan & Kaunseling’ – Caprice Buka Minda Netizen Tentang Aib VS Jenayah
Berikutan daripada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, memberitahu bahawa pelakon tersebut boleh membuat laporan polis untuk mendapatkan pembelaan undang-undang. Tambah Idris, secara tidak langsung Balqis akan dilindungi daripada sebarang ancaman pada masa akan datang.
Perlu lapor bukan bukan aib
Menerusi laporan Berita Harian, Idris berkata sepatutnya pelakon remaja itu melaporkan hal berkenaan dengan segera kepada pihak polis dan bukan membuka aib ‘mendedahkannya’ kepada orang ramai.
Sepatutnya dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya, gangguan seperti itu tak perlu didedahkan kepada orang ramai. Dia sepatutnya lapor kepada pihak polis. Polis yang bertanggungjawab akan menyiasat kes itu.
Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, bersedia memanggil pelakon terbabit jika ada laporan dibuat. Katanya, jika dakwaan itu benar berlaku, pihaknya akan memanggil pelakon terbabit serta bapanya untuk disiasat dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Berita Harian