Pelakon, Puteri Sarah mengakui pernah berdepan dengan individu yang sentiasa merasakan dirinya betul dan tidak mahu menerima pandangan orang lain serta memiliki sifat empati yang rendah dalam hampir semua perkara.
Artikel berkaitan: Enggan Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Abang, Syafiq Yusof Mengaku Tak Pernah Jumpa Ira Kazar
Artikel berkaitan: ‘Tak Perlu Ungkit, Itu Adalah Tanggungjawab’ – Puteri Sarah Dedah Syamsul Dah ‘Unblock’ WhatsApp
Artikel berkaitan: Beri 13 Nasihat Padu, Dr Zulkifli Hantar Surat Terbuka Buat Syamsul Yusof & Keluarga
Artikel berkaitan: Kesian Mak Sendiri & Ibu Mentua Kena Bergilir Jaga Anak, Puteri Sarah Dah Jumpa Maid Sementara
Artikel berkaitan: ‘Tak Pernah Berhenti Risau Pasal Anak Walaupun Disakiti Berkali-Kali’ – Ibu Syamsul
Artikel berkaitan: ‘Jarang Seorang Ayah Menitiskan Air Mata’ – Pendakwah Tersentuh Tengok Video Yusof Haslam, Harap Netizen Ambil Iktibar
Gangguan personaliti narsistik
Menurut Puteri Sarah, dia baru didedahkan dengan informasi individu yang mempunyai personaliti atau karakter gangguan personaliti narsistik (NPD). Tambah Sarah, individu seperti itu tidak kisah mengenai keadaan dirinya sendiri, sebaliknya orang di sekeliling yang akan rasa rungsing memikirkan hal tersebut sehingga boleh menyebabkan hubungan jadi renggang.
Sebenarnya mereka yang mempunyai penyakit NPD sudah lama cuma mungkin kita tidak menyedarinya kerana kurang pendedahan mengenai isu mental ini. Mereka yang mempunyai masalah NPD ini akan merasakan diri mereka saja yang betul dan memanipulasi fakta. Bagaimana kita hendak membela diri dengan mereka yang bersifat NPD ini, kita tidak akan menang.
Bukan itu saja, mereka akan memutar belitkan keadaan sehingga membuatkan kesalahan mereka menjadi kesalahan kita pula. Akhirnya kita sendiri mempersoalkan sama ada kita yang bersalah kerana bersikap dan memberikan reaksi sedemikian.
Ujar Sarah lagi, kesihatan mental pemilik personaliti tersebut boleh terjejas sekiranya terus terbawa-bawa dan tidak ditangani sebaiknya.
Mereka suka menyalahkan orang lain, sukar menerima pandangan orang kerana berpandangan bahawa idea yang diutarakan adalah sempurna, namun ia hanya berdasarkan idealistik bukannya realistik. Apabila personaliti ini tidak dikawal dan hingga memudaratkan rakan sekeliling, organisasi di tempat kerja, ia boleh berubah menjadi serius hingga membahayakan diri dan orang lain.
Bagi orang dengan personaliti narsistik ini, mereka menganggap dirinya sahaja yang betul dan orang lain semua salah. Tingkah laku ditonjolkan sentiasa mudah untuk menyalahkan orang lain sebab dia ada spesifikasinya yang tersendiri.
Sumber: Harian Metro
Amirul Asraf
Latest posts by Amirul Asraf (see all)
- [VIDEO] Liya Maisarah Dedah Pernah Terima Beg Tangan Bernilai RM32k Semasa Bercinta Dengan Suami – ‘Saya Tak Pernah Kikis Dia’ - 20/01/2025
- Pelakon Dakwa Kemalu*n Dihis*p Jurusolek Ketika Urutan Di Bahagian Paha - 20/01/2025
- Elyana Melawat Siti Bainun Di Penjara – ‘Dia Sangat Tenang & Makin Cantik!’ - 20/01/2025