Seperti yang sedia maklum, Konsert D’Masiv 2OAD To The World Live In Kuala Lumpur yang pada awalnya hanya diadakan selama sehari telah pun ditambah menjadi dua hari ekoran sambutan hangat yang ditunjukkan para peminat band tersebut.
Artikel Berkaitan: Konsert D’Masiv Road To The World Tambah 1 Hari Lagi!
Dendangkan 26 buah lagu
Meskipun berlangsung selama dua malam di Zepp Kuala Lumpur, itu tidak menghalang band terkenal Indonesia itu untuk memberikan persembahan yang sungguh bertenaga dengan mendendangkan 26 buah lagu di hadapan ribuan penonton yang hadir.
Konsert anjuran Neptunes Present itu berjaya mendapat sokongan yang padu dari para peminat yang turut sama-sama bernyanyi bersama D’Masiv sepanjang konsert berlansung.
Kelunakan suara Rian, vokalis D’Masiv berjaya membuat kesemua penonton ‘sendu’ bersama-sama sambil mendengar nyanyian lagu-lagu mereka yang bertemakan galau.
Antara lagu yang didendangkan ialah Rindu Setengah Mati, Cinta Ini Membunuhku, Apa Salahku, Pergilah Kasih, Merindukanmu dan banyak lagi.
Giring turut hadir beri semangat
Bukan itu sahaja, D’Masiv turut mendendangkan lagu Hapus Aku nyanyian asal kumpulan Nidji selepas bekas vokalisnya, Giring tidak dapat membuat persembahan meskipun dijadualkan akan turut sama memeriahkan konsert tersebut.
Bagaimanapun, Giring dilihat tetap memberikan semangat apabila turut hadir ke konsert tersebut dan sama-sama menyanyikan lagu tersebut di tempat duduk bersama penonton yang hadir.
D’Masiv kemudiannya mengakhiri persembahan mereka dengan lagu hits yang ditunggu-tunggu ramai iaitu Cinta Ini Membunuhku.
Sekadar info, D’Masiv akan meneruskan siri jelajah seterusnya di Jakarta, Indonesia pada 1 Julai depan, diikuti Singapura pada 6 Julai depan.
D’Masiv juga bakal terbang ke Australia dan Amerika Syarikat untuk siri jelajah, tahun ini.
Sementara itu, penganjur, Neptunes Presents akan meneruskan projek Senandung Malam Volume 3 dengan membawa kumpulan popular Indonesia pada September ini.