berita

Aaisyah Pakai Dress & ‘Crop Top’ Di Bali, Netizen ‘Hingaq’ Dekat Rozita Che Wan – ‘Jangan Bagi Anak Jadi Sasaran Pedophilia’

December 14th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Rozita Che Wan kini sedang bercuti di Bali Indonesia bersama ketiga-tiga anaknya iaitu Ammar Affendy, Aniq Ezzra dan Aaisyah Dhia Rana.

Artikel Berkaitan: Che Ta Sambut ‘Anniversary’ Ke-9 Dengan Busana Harga RM80,000, Dedah Zain Tak Pernah Paksa Masak & Kemas Rumah

Percutian anak beranak

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memuat naik foto bersama Aaisyah. Dalam hantaran itu, ibu dan anak ini sedondon memakai busana berwarna merah jambu.

Aaisyah yang baru berusia lapan tahun itu memakai ‘crop top’ sehingga terdedah bahagian perut bersama skirt di samping menggayakan dress.

Ajar anak pakai sopan

Semestinya, penampilan tersebut menimbulkan rasa ‘sakit mata’ dalam kalangan pengguna media sosial. Rata-rata warganet menasihati aktres berumur 49 tahun itu untuk lebih menitikberatkan soal imej anak perempuannya.

Selain itu, pengikut juga risau berkemungkinan Aaisyah akan menjadi sasaran golongan Pedophilia.

Terdahulu, Che Ta dan aktor Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.

Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.

Sumber: Instagram @rozitachewan1

SKIP THIS AD ×