berita

#ABPBH35: Kak Lina Pom Pom Utamakan Keseronokan Bekerja Berbanding Bayaran -‘Kalau Mahal Orang Panggil Sekali Je’

July 22nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pengacara dan penyanyi Elly Mazlein menjelaskan dia lebih mementingkan kualiti dan keseronokan bekerja berbanding soal bayaran yang ditawarkan kepadanya.

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Usaha 37 Tahun Bell Ngasri Jadi Pelakon Berbaloi- ‘Saya Tiada Kelab Peminat, Allah Izinkan Menang’

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: ‘Yak Yak Yeah’ Menang! Malaysia & TV3 Isytihar Bell Ngasri Bintang Paling Popular

Bukan soal bayaran

Ketika ditemui OhBulan! Elly atau mesra dengan sapaan Kak Lina Pom Pom berkata indsutri tempatan tidak sebesar industri Hollywood.

Oleh itu perkara utama yang perlu diambil kira adalah bagaimana untuk bertahan lama dalam jangka masa yang panjang.

Perlu sedar indusri kita tidak seperti Hollywood, tak boleh la nak letak harga yang tinggi. Industri Malaysia tidak sebesar mana pun, paling penting fikirkan tentang tempoh masa yang panjang untuk bertahan. Kalau letak harga tinggi mungkin sekali sahaja akan dipanggil.

Saya secara peribadi suka win-win situation, paling utama saya rasa seronok untuk kendalikan sesuatu program itu. Kemudian baru bincang soal bayaran.

Kak Lina berkata demikian ketika ditemui di sidang media ABPBH 35 yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jumaat.

Malam kemuncak ABPBH 35 turut menyaksikan Kak Lina berjaya merangkul trofi Pengacara TV Popular.

Berkongsi mengenai perasaan memenangi kategori tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu meluahkan rasa syukur serta berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya terutama suami saya. Dia yang banyak sangat memahami saya, bertanggungjawab jaga anak-anak sewaktu saya tiada (bekerja).

Dia sentiasa beri semangat sebab suami adalah yang paling memahami minat saya. Selama lebih 20 tahun saya tunggu saat ini, I love you papa so much.

Peminat juga merupakan tulang belakang saya, tak dapat nak balas jasa kalian. Terima kasih kerana sentiasa menyokong dari susah hingga senang. Momen ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

SKIP THIS AD ×