berita

Ada Kesan Melecet Pada Leher, Pemandu Grab Ditemui Mati Dibunuh

June 24th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Malam tadi viral di media sosial screenshot perbualan di group Whatsapp mendakwa seorang pemandu Grab tidak dapat dikesan selepas menghantar penumpang. Ibu bapa mangsa telah membuat laporan polis dan mangsa akhirnya ditemui mati dipercayai akibat dijerut.

Menerusi laporan Kosmo Online!, pihak polis memberitahu terdapat kesan melecet pada lehernya.

Viral di media sosial

Kesan melecet pada leher

Kira-kira jam 8.20 malam, pihak polis menemui mangsa, Aiman Nosri dalam keadaan terlingkup di bahagian penumpang belakang kenderaan jenis Perodua Myvi. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Tey Kong Seng berkata bapa tiri mangsa membuat aduan mengatakan kenderaan mangsa ditemui di kawasan tempat letak kereta Taman Selayang Baru.

Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis bersama pengadu ke lokasi sebelum menemui mangsa dengan kesan melecet pada lehernya.

Mangsa berasal dari Nilai, Negeri Sembilan itu ditemui dalam keadaan terlingkup di tempat duduk penumpang belakang, namun tiada kesan kecederaan yang ketara pada badan mangsa.

Polis juga menjumpai dua buah telefon bimbit namun tiada sebarang senjata ditemui.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan polis.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan pihak polis menggesa orang awam yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Kenyataan dari Grab Malaysia

Menerusi emel yang diterima Ohbulan, pihak Grab mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa di atas kehilangan ini. Tambah Grab lagi, sepanjang perkhidmatan mangsa sangat rajin dan merupakan seorang pemandu cemerlang. Berdasarkan maklum balas penumpang  menunjukkan beliau mendapat perhargaan yang tinggi.

Pihak Grab juga memaklumkan keluarga mangsa sentiasa berada dalam fikiran dan doa mereka, jadi mereka akan melakukan apa yang terbaik untuk menyokong keluarga pada masa ini. Oleh itu, pihak PDRM dan Grab meminta orang ramai supaya tidak berkongsi data peribadi mangsa ke sosial media. Malah, sebarang spekulasi dan khabar angin mengenai isu ini juga harus dihentikan. Grab mahu menghormati hak peribadi keluarga dan menghormati siasatan yang sedang berlangsung.

Mereka juga bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung isu ini. Keselamatan pemandu adalah sangat penting sepertimana keselamatan penumpang. Dan sebarang ancaman yang diterima tidak akan sesekali diambil ringan.

Jika sesiapa ada maklumat berkenaan isu ini silalah berhubung secara terus dengan polis.

Sumber : Kosmo Online! , The Viral Stories

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×