berita

Adakah Bahagia Baharu Bakal Mengubati? Lakonan Mantap Farid Kamil, Mimi Lana Dalam ‘Masih Ada Rindu’ Hiasi Slot Akasia

June 3rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Terbaharu di slot Akasia, drama bersiri ‘Masih Ada Rindu’ gandingan Farid Kamil dan Mimi Lana telah bersua menemani penonton di TV3 bermula 2 Jun, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. 

Drama ‘Masih Ada Rindu’ terbitan Nuansa Sdn.Bhd. merupakan adaptasi daripada novel karya Mimie Afinie. Drama bersiri 16 episod ini diarahkan oleh Osman Ali dan turut menampilkan barisan pelakon tanah air yang hebat seperti Dayang Areeda, Halim Radzi, Aishah Ilias, Fahmy Reza, Aleza Shadan, Rahim Jailani dan Kuna. 

Dibayangi hubungan yang lepas?

Insan yang dicintai dengan sepenuh hati, jiwa dan raganya hanya meninggalkan memori indah dalam hidup gadis muda ini. Mereka telah disatukan dalam ikatan yang sah tetapi dipisahkan dengan kematian. Apabila sinar bahagia kembali hadir dalam hidupnya, bersediakah dia membuka lembaran baharu? 

Drama ‘Masih Ada Rindu’ ini menceritakan tentang kisah pasangan suami isteri yang disatukan tetapi masih dibayangi dengan hubungan yang lepas. Lebih menyedihkan, si isteri hidup dalam memori indah bersama arwah suaminya. 

Nurul Syafika (Mimi Lana) telah berkahwin dengan Lukman Hakim (Farid Kamil) walaupun walaupun tidak mendapat restu daripada ibunya, Zaleha. Kebahagiaan mereka hanya sekejap kerana Hakim telah pergi meninggalkan Syafika buat selama-lamanya. Selepas pemergian Hakim, Syafika menyedari yang dia telah hamil. Kelahiran anaknya yang diberi nama Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan turut dikongsi bersama ibu dan ayah mertuanya. Luqman Hadi, bekas abang ipar Syafika pula telah jatuh cinta pada adik iparnya itu.

Hadi meluahkan perasaan kepada Syafika. Akan tetapi Syafika masih belum pasti perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim tak pernah berubah. Ada sesuatu berlaku yang membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi. Kalau korang nak tahu apa yang terjadi, korang kena tonton episod kedua malam ini sehingga episod akhir.

Lagu ‘Nada Kalbu’ diangkat sebagai ost

Selain plot cerita yang sangat menarik, drama ‘Masih Ada Rindu’ ini turut mengangkat lagu Aina Abdul iaitu ‘Nada Kalbu’ sebagai lagu ost. Kerjasama Aina dan Aisha Retno ternyata menambah sentuhan emosi kepada penonton yang menonton drama tersebut.

Di samping itu, lagu “Cinta” yang dicipta oleh Hang Nadim dan Bunga Cantik iaitu Akim dan Stacy, nyanyian oleh Marsha Milan Londoh akan menjadi salah satu lagu soundtrack dalam drama ini juga.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×