berita

‘Adam Sayang, Sejuk Ya Dalam Peti Tu?’ – Ibu

July 4th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Penemuan mayat bayi berusia 5 bulan di dalam peti sejuk malam tadi membongkar penipuan yang dibuat seorang pengasuh. Suspek mendakwa Adam Rayqal diculik namun selepas mendapat keraguan dalam kenyataan diberi, pihak polis bertindak menggeladah rumah.

Artikel berkaitan : Anak ‘Diculik’ Berbalut Kain Napkin & Disorok Dalam Peti Sejuk Rumah Pengasuh!

Ramai yang bersimpati dengan nasib yang melanda Adam Rayqal dan luahan hati ibu mangsa, Farah Madiha di Facebook telah membuatkan netizen bergenang. Damailah disana anak syurga.

Adam sayang, sejuk ya dalam peti tu?

Adam sayang..sejuk ya dalam peti itu..Tak apa sayang nanti masuk syurga semua indah-indah yang Adam dapat
Ingat pesan mama jaga diri kat sana.Nanti mama papa datang ye sayang kita mandi buih lagi.. Innalillahiwainnalillahirojiun.. Terima kasih kepada semua kawan-kawan, saudara mara dan rakyat Malaysia semua kerana berusaha mencari Adam dan doa baik-baik untuk Adam.

Suasana proses pengecaman mayat

‘Allahuakbar sedihlah’

Sumber : Syahril A. Kadir , Bernama

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×