berita

Abang Isa Khan, Aliff Khan Didakwa Pukul Isteri Ketika Sarat Mengandung?

May 20th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon terkenal Indonesia iaitu Mohammad Aliff Bin Ali Dad Khan atau lebih dikenali dengan nama Aliff Ali Khan didakwa telah melakukan keganasan rumah tangga terhadap bekas isterinya, Aska Ongi.

Sering dipukul oleh Aliff

Menerusi laporan yang dipetik daripada Insertlive, Aliff Ali Khan yang juga abang kepada pelakon, Isa Khan dipercayai telah memukul bekas isterinya ketika wanita itu sedang sarat hamil 4 bulan. Berita ini disampaikan sendiri oleh penasihat undang-undang Aska iaitu Sunan Kalijaga.

Difahamkan, sebelum ini juga Aska sudah membuat laporan polis mengenai kes keganasan rumah tangga yang dilakukan Aliff tetapi dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya memandangkan pada ketika itu dia masih bergelar isteri Aliff dan kini dia akan mengambil tindakan yang sepatutnya.

Mempunyai masalah rumah tangga

Menurut sumber, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 19 Disember 2018. Pada Jun tahun lalu, sebuah portal melaporkan Aliff dan Aska berhadapan dengan masalah rumah tangga selepas dikurniakan cahaya mata pada 2 Mei 2019.

Perkahwinan mereka terputus di tengah jalan dan telah sah bercerai pada 11 November 2019. Namun, berita penceraiannya itu dirahsiakan sehingga lah pada kali ini Aska sendiri telah membuka mulut menceritakan perkara sebenar. Menurut Sunan, Aska dikatakan memilih untuk mengakhiri hubungan perkahwinan bersama Aliff kerana dia sudah tidak tahan kerana sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Ya, dia dianiaya oleh suami yang juga seorang pemabuk.

Bekas isteri pertama juga pernah dipukul

Sementara itu, Aska juga akan melaporkan Aliff yang berasal dari Malaysia ke Pejabat Imigresen kerana dia tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Dia tidak ada izin untuk bekerja, dia paka pasport untuk melancong. Padahal sudah terbabit dalam pelbagai sinetron di sini.

Menceritakan kisah itu, Sunan turut memberitahu bahawa bekas isteri pertama Aliff iaitu Nora Alexandra juga pernah dianiaya dan dipukul olehnya. Bahkan, Nora juga dikatakan akan menyokong tindakan Aska dan membantu dalam memberi keterangan mengenai isu ini. Aska juga telah melarang Aliff untuk berjumpa dengan anaknya, Alyssa Ismillah Khan kerana bimbang kejadian yang sama akan berlaku.

Sumber: Insertlive, Kapanlagi

SKIP THIS AD ×